16 December 2012

SIMBIOSIS '12: Ramah Mesra dan Bowling Bersama


Pada 30 November 2012, program ramah mesra bersama BKPJJ yang diberi nama SIMBIOSIS'12 telah diadakan. Bertempat di Bayt Hor bersebelahan Pasaraya Simsimah, program BKPJJ yang julung kalinya diadakan pada sesi kali ini, berlangsung dengan meriah dan gilang-gemilang nya. Program yang disertai oleh anak-anak Johor dari pelbagai mantiqah di Jordan diadakan bertujuan untuk berkenal-kenalan sesama ahli johor, mengeratkan lagi tali persaudaraan serta merupakan sesi pengenalan ahli majlis tertinggi BKPJJ pada sesi kali ini.

Program bermula seawal pukul 8.30 pagi, menunggu ketibaan ahli ahli johor yang disayangi dari mantiqah- mantiqah lain. Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada anak Johor dari Mu'tah yang sanggup, menahan ngantuk di keheningan pagi, bergerak dengan koster seawal jam 4 pagi. Program dimulakan dengan sesi tazkirah daripada  Ustaz Hazman dari Uni. Mu'tah. Pengisian rohani daripadanya, dapat menbangkitkan ruh islami dalam kalangan kita. Setelah itu, program diteruskan dengan tayangan video korporat yang disediakan oleh Jojo Studio. Video korporat berdurasi 6 minit itu, memberi pengenalan secaara serba serbi mengenai BKPJJ, pengenalan ahli majlis tertinggi BKPJJ, dan sedikit kenangan memori terindah bersama Jojo pada sesi lepas.

ydp kita










Program disambung dgn ucapan dari YDP kita, Saudara Harith Hanif Hamdan. beliau memberi pengenalan mengenai Jojo serta menyelit sedikit nasihat yang berguna buat ahli-ahli Jojo khususnyayang masih sanafir, dan beliau berharap agar kita terus bersatu dan saling membantu antara ahli-ahli Johor, siapa lagi famili terdekat kita disini kalau tidak ahli Johor itu sendiri. Kemudian acara yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, yakni Pot Luck. Ternyata, ahli Johor begitu berbakat dalam masakan, ada lasagna,ada puding jagung, ada sphagetti goreng. dan pelbagai variasi kek dibawa oleh ahli Johor. Semuanya enak-enak belaka. Acara pagi berakhir pada pukul 11.30 pagi, untuk memberi laluan kepada syabab untuk solat jumaat.



 Tepat jam 3.00 petang, acara yang ditunggu-tunggu telah pun tiba,iaitu Bowling Ukhwah Jojo, bertempat di Irbid Bowling Centre. Pertandingn bowling antara ahli-ahli Johor yang mendaftar untuk menyertainya, berlangsung dengan rancang dan sengitnya, ada kumpulan family,ada kumpulan Mu'tah, ada kumpulan Irbid, ada kumpulan golongan  bujang, dan bermacam-macam kumpulan yang bertanding. Berikutadalahsenarai kumpulan yang bertanding;



1. HAMNAP 
FAUZI AKMAL HAMDAN
NUR NADIAH ABDUL MANAP

HARITH HANIF HAMDAN
FIRDAUS ABDUL MANAP

2. ANNAKHDY 
SITI AMIRA BINTI ZAINAL ABIDIN
NOOR SAKINAH BINTI SAMSUL KAMAL
HIDAYAH BINTI RAHMAT
NOOR SHAHIRA HARYANI BINTI YAZID

3. 4SIKU LIPAT 
AMAL SHAFIQ DALAL
AHMAD NAZRIEY
ARSHAD KHALID
ZAFRAN HAIKAL

4. SODIG.!LONGKANG BAZT
FAIQ KHALID
MUHD AKIF RAZAK
MUHAMMAD SYAFIQ AZIZ
TENGKU MUHAMMAD ARBA'IE

5. BOYAN JAWA 
HANAFIE KHALIS MARSENJI
ANAS ABD RAHMAN
MUHD HAFIZUDDIN SHAH
SAIFULLAH ISA

6. APA PON BOLEH 
NUR ATIKAH BT ROSDIYANTO
NUR AZREEN BT MOHD ZALI
NURUL LIYANA BT BAHARUDDIN
NADHIRAH HUSNA BT AHMAD

7. EnJOY sajeR..... 
FAZUREEN BTE ROSLAN
HAMIZAH BTE A.KASSIM
MUNA BAZILAH BTE MOHAMMAD
NURRUL HIDAYAH BTE AHNAN

8. PANGLIMA TONCET 
NAZMI MUHAMMAD
AKMAL ASYRAF (BADOK)
SYUKRI ILIAS
NURDIN SALLEH


Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Sodiq!Longkang Bazt dengan kutipan mata yang tertinggi dan man of the match bagi pertandingan bowling ini dimenangi oleh saudara Nazmi Mohamed dari kumpulan Panglima Toncet. Majlis berakhir pada pukul 6.00 ptg, semua ahli-ahli Johor kembali ke rumah masing-masing dengan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

AKSI SEPANJANG PERTANDINGAN BOWLING

 

 TENTATIF PROGRAM
_______________________________
30 November 2012 , rumah pelajar. (sebelah simsimah)
RAMAH MESRA - PAGI
(PENTING-MASA PERJALANAN DARI MANTIQAH MUTAH MAFRAQ AMMAN)

Khamis petang/malam : pelajar amman & mafraq dating IRBID, bermalam dimana-mana rumah ahli BKPJJ di Irbid
3:00 am : pelajar Mu’tah gerak dari mu’tah ke IRBID

8:00 am : Ketibaan pelajar (IRBID MUTAH MAFRAQ AMMAN) ke tempat program, rumah pelajar. (sebelah simsimah)
8:45 am : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
8:55 am : Tayangan video korporat BKPJJ 12/13
9:00 am : Ucapan YDP BKPJJ 12/13 & Sesi soal jawab pimpinan bersama ahli
10:30 am : Makan tengahhari
12:00 pm : solat Jumaat
_______________________________________
30 November 2012 Irbid Bowling Center, Irbid.
BOWLING GAME - PETANG
2.30 p.m. : Ketibaan pelajar ke tempat Game
3.00 p.m. – 6.00 p.m. : Bowling tournament
6:00 pm : ucapan ringkas penutup YDP

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management