11 March 2013

‎MAJLIS RAMAH MESRA DAN TEMU DUGA ZAKAT MAIJ 2013



‎[MAJLIS RAMAH MESRA DAN TEMU DUGA ZAKAT MAIJ]

Assalamualaikum.
Tanggal 17 Mac 2013, Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) akan mengadakan kunjungan ke Jordan , untuk sesi Temuduga Zakat MAIJ kepada pelajar yang layak dan pelajar rayuan (2011). Sesi Temuduga ini akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Pustel, Irbid
Tarikh 18 Mac 2013
Masa : 9.30 pagi

Bersempena kedatangan orang besar MAIJ ke bumi anbiya' ini, satu Majlis Ramah Mesra bersama mahasiswa Johor di Jordan akan diadakan oleh BKPJJ sendiri, sebagai ruang interaksi antara mahasiswa Johor dan MAIJ. Majlis Ramah Mesra ini akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Mujamma' Naqabat
Tarikh: 18 Mac 2013
Masa: 7.30 malam

Di dalam post ini juga, disertakan link, spreadsheet Survey Temuduga MAIJ. Diminta kepada sesiapa yang ingin ditemuduga untuk Zakat MAIJ ini, dan juga kepada sesiapa yang ingin mengajukan sebarang soalan dan cadangan penambahbaikan kepada pihak MAIJ (khususnya kepada yang tidak hadir ke Majlis Ramah Mesra), untuk mengisi spreadsheet ini.
Objektif survey :
1) Menjimatkan KOS : Bagi mantiqah selain Irbid, hanya yang ditemuduga sahaja akan di tanggung kos pengangkutan. Makanan juga boleh dijimatkan dan tidaklah berlaku pembaziran.
2) Memudahkan dan meneluskan urusan pengagihan SURAT PELEPASAN MUHADARAH dari EMJ.
3) Mengumpulkan soalan yang ingin diajukan kepada MAIJ, bagi menjimatkan masa ketika malam ramah mesra.

link Survey Temuduga Maij:

https://docs.google.com/forms/d/1XJL__F-hHCuqsH3_tA3W4LAKPnslhr1NlHI5bmKMjnw/viewform?pli=1

Sekian memaklumkan, terima kasih.

03 March 2013

TEMUDUGA ZAKAT MAIJ 2012/13

Bismillah...
InsyaAllah Pegawai-pegawai atasan Maij akan datang ke Jordan pada 17 Mac 2013. 

Justeru, TEMUDUGA ZAKAT BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG LAYAK DAN PELAJAR RAYUAN(2011) akan diadakan pada 18/3/2013 beserta perjumpaan bersama pelajar-pelajar BKPJJ bersama Pegawai-pegawai Maij akan dilakukan pada malam harinya.

Syarat - syarat permohonan zakat yang utama :

1. Anak JOHOR bermastautin di dalam Johor tidak kurang dari 3 tahun
2. Bagi Pengajian Islam hendaklah telah berada di Tahun 3 atau Tahun 4, atau bagi pelajar-pelajar tahun 1 mestilah mempunyai STAM serta Sijil kursus bahasa dari MARSAH
4. Jika pelajar perubatan hendaklah dah berada di tahun 2 atau pelajar tahun 1 yg dpt 8 A dlm SPM dgn Inggeris , Fizik, Biologi dan Matematik dpt A.


MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN ZAKAT MAIJ DI SINI:
http://www.2shared.com/file/tIoqRKvk/Borang_Zakat_Pelajaran.html

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management