11 March 2015

Jaulah Snow Ajloun

Bismillahirrahmanirrahim.

12 Januari 2015, Isnin.
Ajloun.


Ini merupakan aktiviti skala kecil yang diuruskan oleh Wakil Mantiqah Irbid. Buat pengetahuan semua, di Jordan merupakan negara 4 musim. Musim sejuk ataupun salji ini bermula dari awal bulan Oktober hingga Februari.

Alhamdulillah, aktiviti ini sedikit sebanyak dapat meraikan adik-adik baru BKPJJ yang baru datang ke Jordan pada September lalu serta mengeratkan lagi ukhuwah dan menghilangkan tekanan menghadapi peperiksaan akhir semester dan peperiksaan yang tertangguh disebabkan salji lebat di beberapa daerah di Jordan ini.

Gambar :












Majlis Solat Hajat & Doa Selamat

Bismillahirrahmanirrahim.

21 Disember 2014, Ahad.
Pustel, Irbid.


Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Majlis solat hajat dan doa selamat dapat dijalankan untuk kali pertama bagi ahli BKPJJ sempena bakal menghadapi peperiksaan akhir semester, kepada bakal membuat umrah dan juga buat bakal mutazawwij (bernikah).

Aktiviti ini berlangsung di Irbid sahaja, diuruskan oleh Wakil Mantiqah Irbid. Moga dipermudahkan menjawab peperiksaan bagi ahli BKPJJ yang dikasihi, serta buat bakal mengerjakan umrah mendapat umrah yang barakah dan buat bakal mutazawwij, moga berjalan lancar semuanya, insyaAllah.

Tahniah dan terima kasih bagi yang terlibat!

Gambar :












Running Game JOJO (Irbid)

Bismillahirrahmanirrahim.

28 November 2014, Jumaat.
Perkarangan Universiti Yarmouk.

Ini merupakan aktiviti berskala kecil yang diuruskan oleh Wakil Mantiqah Irbid.
Objektif aktiviti ini untuk mengeratkan lagi ukhuwah ahli-ahli BKPJJ di Irbid dan beriadah bersama-sama antara pelajar Yarmouk mahupun Just.

Aktiviti ini, seperti yang kita lihat pada tajuk entry di atas, seperti Running Man tapi aktiviti ini hanya untuk ahli dari kalangan perempuan sahaja, lelaki tidak terlibat.

Alhamdulillah, aktiviti ini dapat mengumpulkan hampir sebahagian ahli di Irbid, sebab bukan mudah untuk berkumpul dan beriadah bersama. 

Terima kasih dan tahniah bagi yang terlibat! 

Gambar :














04 November 2014

JOJO BONDING NIGHT.

Bismillahirrahmanirrahim.

30 Oktober 2014, Khamis.
Solah Petra, Irbid.

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya, Delegasi Kerajaan Negeri Johor hadir ke Jordan, dengan tujuan ziarah dan melihat keadaan anak-anak Johor di Jordan.

Seramai 17 orang yang hadir dari Johor,Malaysia bertolak ke Mesir terlebih dahulu, kemudian bertolak ke Jordan pada pagi Khamis, 30 Oktober.

Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan mengadakan Jojo Bonding Night atau lebih mesra makan malam bersama Delegasi Negeri Johor di Irbid. Ditempatkan di Solah Petra dan dihadiri sebahagian anak-anak Johor Jordan, kekangan waktu kerana masih dalam musim peperiksaan di Jordan bagi setiap universiti.

Terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan buat Delegasi Negeri Johor yang sudi hadir ke Jordan dan beramah mesra bersama anak-anak Johor di Jordan. 



Gambar : 







AIDIL ADHA, RAMAH MESRA TAHUN 1 & ULANG TAHUN BKPJJ KE-20

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 6 & 7 Oktober yang lalu, Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan telah menggabungkan 3 aktiviti iaitu ; Sambutan Aidil Adha, Ramah Mesra Pelajar Tahun 1, dan Ulang Tahun BKPJJ yang ke-20 di mantiqah Mu'tah.

Alhamdulillah, aktiviti gotong royong serta aktiviti korban telah dilakukan sehari sebelum majlis dan diteruskan dengan aktiviti BBQ pada petang 6 Oktober bersama semua ahli dari 4 mantiqah di Jordan. Untuk makluman semua, anak-anak Johor yang menuntut di Jordan, terdapat di 4 mantiqah yang berbeza iaitu; Irbid, Mu'tah, Mafraq dan Amman.

3 program ini mendapat sambutan dari semua anak-anak Johor Jordan. Tahniah!



Gambar : 













© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management