24 March 2009

TENTATIF RIANG RIA AL-JAUHAR

BERIKUT ADALAH TENTATIF SERTA TEMPAT ACARA2 PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN..


HARAP SEMUA YANG AKAN MENYERTAI DAPAT AMBIL PERHATIAN
DAPAT DATANG KE TMPAT DITETAPKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN
HARGAILAH MASA YANG ADA..CEPAT KITA START, CEPAT KITE ABISKAN SUMENYE..

*utk makluman..maison de kacamata terletak di imarah bukhari(rumah YDP johor)..
*kepada akhawat, tmpat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh biro program (saudari Nur Arina)

SEKIAN..SEMOGA DAPAT BERI KERJASAMA DAN DIDAHULUI DGN RIBUAN TERIMA KASIH

ANDA BANTU SAYA, SAYA BANTU ANDA

"SATU HARI TERUKIR SENYUMAN"

ENSYAALLAH KHERRR!!!







20 March 2009

MAAF ATAS KESULITAN JIKA ADA

maaf jika ade kesulitan..

LAMAN INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI DAN PEMBINAAN..

harap maaf..

RIANG RIA AL-JAUHAR DAFTAR SEGERA !!!!

KEPADA AHLI2 BKPJJ RASMI DAN BERSEKUTU,

RIANG RIA ALJAUHAR (FAMILY DAY) AKAN DIADAKAN PADA 26 & 27HB 3
ENSYAALLAH AKTIVTI AKAN DIMULAKAN PADA 26HB(KHAMIS) SEBELAH MALAM DAN BAGI PENDUDUK IRBID DAN MAFRAQ, ANDA AKAN BERTOLAK KE AQABAH PADA 12MALAM DAN SETIBANYA KITA DI SANA LEBIH KURANG PAGI HARI JUMAAT, KITA AKAN MENUNGGU AHLI2 DARI MU'TAH DAN MENERUSKAN AKTIVITI DI SANA...DAN BERTOLAK PULANG KE MANTIQAH MASING SEBELUM ASAR..ENSYAALLAH..

tentatif program akan dipost kemudian..

JADI APA LAGI???
JOM DAFTAR NAMA SEGERA SEBELUM 22HB3, 12MLM KEPADA :

MOHD AZMI (SYABAB) : pynoo24 (id ym) / +962776916913
IZYAN SALEHA (AKHAWAT) : yanz_leha (id ym) / +962776976990
(HANYA BUZZ@SMS DAN BGTAU"SAYA NAK JOIN")

DAFTAR SEGERA..JGN TAK DAFTAR..SUPAYA DAPAT LAH PIHAK AJK PELAKSANA MENGURUSKAN HAL EHWAL PENGANGKUTAN DAN KOS2 YANG LAIN..

ENSYAALLAH KHERRR.!!!!

ANDA BANTU SAYA, SAYA BANTU ANDA :)

"SATU HARI TERUKIR SENYUMAN"

PELAJAR CEMERLANG MEMIMPIN UMMAH!!

pengarah program,
mohd azmi kamarudin

RIANG RIA AL-JAUHAR DAFTAR SEGERA !!!!

KEPADA AHLI2

GERAK TUMPU 2009/10

GERAK TUMPU 2009/2010 MASIH DALAM KEMAS KINI.. HARAP MAAF..

PELAN TINDAKAN 5 TAHUN

Pengenalan:
Melihatkan kepada situasi semasa dan keperluan memperkayakan diri dengan kemahiran, Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) ketika ini berusaha merangka satu pelan tindakan yang dapat dilaksanakan bagi membantu ahli mengenal potensi diri dan menyalurkan sumber tenaga mereka menggerakkan badan kebajikan ini agar tercapai hasrat yang diharapkan untuk melahirkan ilmuan dan cendekiawan Islam yang cemerlang untuk membantu masyarakat keluar daripada belengu kejahilan.
BKPJJ adalah merupakan sebuah badan kebajikan yang cukup optimis mengambil langkah awal mencerna idea dan mengerah keringat membudayakan nilai-nilai baik dan meningkatkan kualiti dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan agar faedah hidup berpersatuan ini dapat dinikmati oleh semua ahli. Pelan tindakan yang dirancang menerapkan elemen kepimpinan, tanggungjawab, kerjasama dan profesionalisme untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan gemilang dalam aspek kehidupan yang lain merangkumi hubungan sosial dengan masyarakat, keupayaan memimpin dan menjadi contoh teladan serta jati diri yang mantap. Maka, produk yang diharapkan dapat dihasilkan melalui pelan tindakan ini adalah para pelajar atau mahasiswa yang dapat menjadi koordinator kepada masyarakat apabila kembali ke tanah air dan mampu bersaing dalam arus modenisasi ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan barisan organisator BKPJJ agar pelan tindakan 5 tahun ini dapat dilaksanakan sewajarnya dan mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua pihak. Semoga perjalanan pelan tindakan ini menjadi tunjang perlaksanaan dasar-dasar dan gerak tumpu badan kebajikan ini dari semasa ke semasa.

Objektif:
1. Menerapkan budaya kerja yang sistematik dan teratur untuk memudahkan urusan dan perkhidmatan kepada ahli
2. Mencipta suasana kerja berpasukan dan hidup berpersatuan yang mapan di kalangan ahli

3. Membantu ahli mengenal kemampuan diri, mengembleng tenaga dan kudrat diri memperkasakan pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan berkhidmat kepada masyarakat

4. Pemusatan nilai-nilai murni, semangat kepimpinan dan rasa bertanggungjawab ahli terhadap diri, keluarga, masyarakat, tanah air dan agama

5. Mengukuhkan tautan ukhuwah dan melestarikan kasih sayang di antara ahli


Visi:
Menjelang tahun 2012, BKPJJ akan menjadi badan kebajikan paling berperanan terhadap kebajikan ahli, perkhidmatan kepada masyarakat dan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Misi:

1. Perlaksanaan Perlembagaan rasmi secara keseluruhan

2. Pengurusan persatuan secara sistematik, professional dan teratur

3. Penerapan nilai-nilai murni dalam gerak kerja berpesatuan

4. Perkhidmatan yang cemerlang


Motto persatuan:
“PELAJAR CEMERLANG MEMIMPIN UMMAH”

Slogan Gerak kerja
:
“Ke Arah Mememperkasakan Profesionalisme dan Kecemerlangan”

Susur galur Pelan Tindakan 5 tahun BKPJJ

Tahun Pertama:

1. Memastikan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam persatuan sama ada aktiviti atau pengurusan, mematuhi dasar, objektif penubuhan dan gerak tumpu BKPJJ

2. Memperkasakan perlaksanaan Perlembagaan BKPJJ.

3. Semakan, analisa, memperelok dan menambah baik pengurusan persatuan
4. Aktiviti yang dilaksanakan hendak konstruktif, membawa konsep muhibbah dan mencerminkan signifikan badan kebajikan ini kepada ahli-ahlinya

Tahun Kedua:

1. Fokus ke arah pemantapan pengurusan. Pengurusan yang sistematik, teratur dan professional
2. Menitikberatkan kebajikan ahli melalui pinjaman kewangan, khidmat nasihat, kaunseling, aktiviti-aktiviti khairat, kesihatan dan keselamatan

3. Tautan ukhuwah yang erat di kalangan ahli

Tahun ketiga:
1. Pengurusan persatuan yang memuaskan hati ahli

2. Perkhidmatan yang terbaik seperti guna pakai aset persatuan, pinjaman kewangan dan badan pentadbir yang mesra ahli serta memahami situasi dan keperluan ahli

3. Penerapan beberapa lagi nilai murni dalam pentadbiran persatuan dan gerak kerja berpasukan

4. Gerakan dan sumbang saran kepada ahli untuk turut sama dalam aktiviti mahasiswa mendekati masyarakat; mewujudkan hubungan baik antara masyarakat dengan mahasiswa
Tahun keempat:

1. Kualiti dan mutu perkhidmatan harus dipertingkatkan. Mencari lebih banyak peluang dan ruang untuk memberikan perkhidmatan unggul kepada ahli
2. Hubungan luar ; persatuan-persatuan, badan-badan kebajikan anak negeri, Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan dan Majlis-majlis naungan kerajaan Negeri diperbaharui atau diperkasakan

3. Gembleng usaha melicinkan perjalanan pelan tindakan ini mengikut objektif, visi dan misi
Tahun kelima:

Pencapaian visi pelan tindakan : Menjelang tahun 2012, BKPJJ akan menjadi badan kebajikan paling berperanan terhadap kebajikan ahli, perkhidmatan kepada masyarakat dan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

STATISTIK AHLI

STATISTIK AHLI BKPJJ

Statistik berdasarkan Status Keahlian BKPJJ







Statistik berdasarkan Universiti






BARISAN SRIKANDI

  1. Aida bt Seri Hasnon
  2. Amani bt Amran
  3. Amirah Syakirah bt Abd Halim
  4. Arikah bt Saadon
  5. Asma’ bt Ahmad Khalid
  6. Asma’ bt Mohd Haslan
  7. Erna Madina bt Mohd Shahir
  8. Hetty Ayuni bt Sulaiman
  9. Izyan Saleha bt Ibrahim
  10. Izzah Kamilah bt Mohd Tahir
  11. Izzatul Nadiah bt Zolkiply
  12. Juiliana bt Hamzah
  13. Khairunniswan bt Abd Halim
  14. Khalida bt Abdul Majid
  15. Lina Farhana bt Ramli
  16. Maryam Sofiah bt Ahmad Shah
  17. Maya bt Ilham
  18. Muneera bt Mat Husin
  19. Najibah Al-Muna bt Mohd Nor
  20. Ninna Nadia bt Jumaat
  21. Noor Farhana bt Kamaruddin
  22. Noor Hanisah bt Mohd Ishak
  23. Noor Nadia bt Mohd Sahar
  24. Nor Arfiezzati bt Nor Azman
  25. Nor Dalila bt Shamsudin
  26. Nor Diana bt Mohd Herman Cher
  27. Nor Zawani bt Mohamed Juri
  28. Nuha Iffah bt Nordin
  29. Nur Arina bt Ahmad
  30. Nur Azleen bt Mohd Azlan
  31. Nur Basyirah bt Abdurrahman
  32. Nur Hafizah bt Misngadi
  33. Nur Hamizah bt Md Fuzi
  34. Nur Hidayah bt Hisham
  35. Nur Izzati bt Shaarifuddin
  36. Nur Raihan bt Zainal
  37. Nur Syuhada bt Hisham
  38. Nurul Syafiqah bt Ahmad
  39. Nurul Syahida Ishak
  40. Rasyidah Arina bt Zahari
  41. Raudhah bt Mustaffa
  42. Siti Nabilah bt Kamaruddin
  43. Siti Noor Hidayah bt Abd Ghani
  44. Siti Nor Fadhilah bt Mahamood
  45. Siti Sarah bt Ahmad Dardiri
  46. Siti Soleha bt A. Rahman
  47. Siti Umairah bt Abd Rahman
  48. Soleha Azwa bt Karim
  49. Sumaiyah bt Isamail
  50. Ungku Yasmin Soraya bt Ungku Abd Rahman
  51. Nurul Farhana bt Mohamad Saminin

BARISAN PAHLAWAN

  1. Abdul Faiz bin Razali
  2. Abdul Muiz bin Ahmad Fadzli
  3. Ahmad Syahmi bin Yahya
  4. Arshad Khalid bin Mohamad Fadhil
  5. Faisal bin Arshad
  6. Fakrurrazi bin Abu Bakar @ Ahmad
  7. Mohd Azmi bin Kamarudin
  8. Mohd Helmi bin Selamat
  9. Mohd Saufi bin Mohd Hisham
  10. Mohd Syazwan bin Abu Bakar
  11. Muhammad Firdaus bin Abdullah
  12. Muhammad Hafiz bin Shamsuri
  13. Muhammad Naqeb bin Sulaiman
  14. Muhammad Siddiq bin Muhammad Nassir
  15. Nurhalim bin Ahmad
  16. Mohd Akmal Abdullah Fahmi
  17. Arif Alaudin
  18. Mohd Shazrin bin Ahmad
  19. Muhamad Afiq Muiz bin Arifin
  20. Muhamad Ariff bin Muhamad Noordin
  21. Muhammad Husaini bin Azizan
  22. Mohd Yusof bin Mustapha
  23. Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak
  24. Muhamad Ideris bin Othman
  25. Ibrahim bin Nasir
  26. Muhamad bin Jaafar
  27. Ahmad Faiz bin Azra’in
  28. Khairul Anwar bin Ibrahim
  29. Mohd Anwar Rasyid bin Ahmad
  30. Mohd Nazim Aidil bin Md Nadzri
  31. Shah Reza bin Kamarozaman
  32. Hamdi Munir bin Shaari
  33. Syeirazi bin Zulkifli

LOGO DAN COGAN KATA

Cogan Kata dan Logo
Moto
“Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah”

Logo



Keterangan logo

1. Kitab: Melambangkan prinsip dan ayat al-quran yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah yang bermaksud, “ Yang Maha Mengajar manusia al-quran”. Al- Quran merupakan panduan hidup yang utama bagi manusia.

2. Bulan sabit dan bintang: Melambangkan agama ISLAM yang dianuti oleh ahli-ahli BKPJJ, menjadi junjungan dan merupakan agama rasmi negeri Johor Darul Ta’zim dan Negara Jordan.
3. Tiga objek bulat(biru, putih dan merah): Melambangkan kesatuan Aqidah, syariat dan kesatuan kerja dalam pelbagai bidang serta manhaj yang selari dengan pegangan ISLAM yang satu.
4. Tahun 1994M dan 1415H: Merupakan tahun penubuhan BKPJJ
5. Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan: Melambangkan bahasa rasmi kebajikan ini dan bahasa pertuturan(bahasa melayu) yang digunakan ahli-ahli BKPJJ
6.
اللجنة الخيرية لطلبة جوهر بالأردن
Melambangkana bahasa kedua badan kebajikan ini dan bahasa rakyat tempatan Negara Jordan.
7. BKPJJ: Merupakan singkatan bagi Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan
8. Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah.: Merupakan motto rasmi BKPJJ
9. Dua objek tajam: Melambangkan cahaya yang menyinari hasil dari pegangan terhadap ISLAM dan panduan Al-Quran yang mulia.


Keterangan warna:

Biru: Melambangkan seangat setiakawan, persaudaraan dan ukhuwwah yang wujud di kalangan ahli bersesuaian dengan dasar utama penubuhan BKPJJ

Merah: Melambangkan keberanian dan keteguhan hati ahli sebagai pelajar dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi Jordan yang penuh barakah ini.

Putih: Melambangkan kesucian ISLAM, keagungan ilmu pengetahuan dan ketenangan hati yang sentiasa ingat kepada ALLAH S.W.T.

STRUKTUR ORGANISASI 2009/2010

Penaung
Tuan yang terutama, Duta Besar Malaysia ke Amman
Penasihat
Pengarah, Jabatan Penuntut Malaysia Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

AHLI MAJLIS TERTINGGI

YANG DI-PERTUA
ARSHAD KHALID BIN MOHAMD FADHIL

TIMBALAN YANG DI-PERTUA
NUR AZLEEN BT MOHD AZLAN

SETIAUSAHA
MUHAMMAD HILAL ASYRAF BIN ABDUL RAZAK

TIMBALAN SETIAUSAHA
NUHA IFFAH BINTI NORDIN

BENDAHARI
AHMAD SYAHMI BIN YAHYA

TIMBALAN BENDAHARI
MAYA BINTI ILHAM

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF

KETUA BIRO URUSAN PERBENDAHRAAN DAN NAIK TARAF EKONOMI
IBRAHIM BIN NASIR

TIMBALAN KETUA BIRO URUSAN PERBENDAHRAAN DAN NAIK TARAF EKONOMI
AIDA BINTI SERI HASNON

KETUA BIRO HAL EHWAL AKTIVITI
MUHAMAD IDERIS BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA BIRO HAL EHWAL AKTIVITI
SITI UMAIRAH BINTI ABD RAHMAN

KETUA BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

MUHAMMAD BIN ABD JAAFAR
TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
IZZAH KAMILAH BINTI MOHD TAHIR

PERWAKILAN MAFRAQ

HAMDI MUNIR BIN SHAARI

PERWAKILAN MU’TAH

SHAH REZA BIN KAMAROZAMAN



SEJARAH

Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) telah ditubuhkan pada pada 22 Mei 1994, Ahad bersamaan 11 ZulHijjah 1414h. Perlembagaan rasmi badan kebajikan ini juga telah dibentuk buat kali pertamanya pada hari yang sama dalam Mesyuarat Penubuhan BKPJJ yang diadakan di petempatan pelajar Johor di Mazar, Karak, Jordan. BKPJJ adalah merupakan badan kebajikan pertama yang ditubuhkan di Jordan ini dan bernaung terus di bawah Kerajaan Negeri Johor pada ketika itu selain turut bernaung dibawah Kedutaan Besar Malaysian Amman. Dengan jumlah ahli yang ramai pada ketika itu, BKPJJ menjadi sebuah badan kebajikan yang cukup aktif dan kaya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menyatukan pelajar-pelajar Johor yang menuntut di Jordan, mengutamakan kebajikan ahli dan melaksanakan aktiviti yang dapat menjana ekonominya. Pun begitu, bilangan ahli BKPJJ yang berdaftar saban tahun berkurangan. BKPJJ juga tidak dapat bergiat aktif seperti dulu apatah lagi bermula pada tahun 2002, badan kebajikan ini tidak lagi mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri. Kini, BKPJJ mula menyusun semula gerak kerja agar dapat bergerak deiringan dengan badak-badan kebajikan yang lain. Perlembagaan rasmi BKPJJ telah diperkasakan dengan memberi perhatian lebih untuk menyatupadukan seluruh pelajar Johor yang menuntut di Jordan ini. Gerak tumpu juga sudah dirancang untuk memberi fokus utama kepada aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan sahsiah ahli, tarbiyah dan keupayaan membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Pelan tindakan 5 tahun sudah dirancang untuk dilaksanakan. BKPJJ juga sudah mampu memberi bantuan kewangan kepada ahli sebagai satu usaha kebajikan dengan bantuan keadaan kewangan yang agak stabil pada ketika ini. Adalah diharapkan agar BKPJJ dapat mengulang kembali sejarah lama menjadi badan kebajikan yang aktif dan cemerlang sejajar dengan motto badan kebajikan ini “Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah”

11 March 2009

kesulitan

maaf..

LAMAN INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI DAN PEMBINAAN..

harap maaf..

Hari Apresiasi Sejarah dan Budaya 2009

::Hari Apresiasi Sejarah & Budaya 2009::

Mari kita bersama-sama mengimbau kembali sejarah dan menghidupkan semula budaya-budaya negeri Johor dan Malaysia sendiri dengan menyertai program "Hari Apresiasi Sejarah dan Budaya"..



Di bawah anjuran Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan(BKPJJ) dan Bertemakan "Membongkar Warisan, Menjulang Kemasyhuran"..

Maklumat selanjutnya adalah seperti berikut;

Tarikh : 27hb Februari 2009 (Jumaat)

Masa : 7.30pagi sehingga 9.00 malam

Tempat : Irbid

Aktiviti : Zapin, Tayangan, Pertandingan Permainan Tradisional, dan lain-lain

Penyertaan : Terbuka kepada semua yang ingin menyertai program ini


Pelbagai pertandingan akan dijalankan pada hari tersebut dan hadiah2 yg lumayan menanti anda sekiranya anda menyertai dan menang.

Cabutan bertuah juga akan dilansungkan.

Makanan?? jangan risau, semuanya akan disediakan tanpa memerlukan sebarang pengeluaran wang saku anda. Makanan Percuma yg enak-enak belaka yang dimasak khas oleh tukang masak yg terkenal di Irbid.

Jadi?? Apa tunggu lg?? Daftar segara sebelum terlambat. Pendaftaran akan ditutup sehingga hari Khamis (malam)..

Marilah kita bersama-sama membongkar segala warisan Johor dan secara tidak lansung kita menjulang kembali kemasyhuran negeri yg kita cintai..


"Membongkar Warisan, Menjulang Kemasyhuran"

"Pelajar cemerlang Memimpin Ummah"

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management