26 November 2011

Puteri Kecil Johor


BKPJJ mengucapkan jutaan tahniah buat pasangan Muhammad Nor Amir bin Rahmat dan Rokhaizat bt Rahmat yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua jam 4.50 pagi, 15 November 2011,  di Hospital Irbid Islami. Semoga anak perempuan yang dilahirkan menjadi mujahidah solehah apabila besar nanti.







Untuk memuat turun gambar-gambar ini, sila ke Laman Galeri Flickr BKPJJ kami :

http://www.flickr.com/photos/69974027@N06/sets/

Mesra Adha 2011


Majlis ini menggabungkan dua program dalam satu majlis, iaitu Sambutan Aidil Adha dan Majlis Ramah Mesra. Sambutan Aidil Adha dan Ramah Mesra 2011 telah diadakan dengan gilang gemilangnya pada tarikh dan tempat di bawah :

TARIKH : 12 NOVEMBER 2011. SABTU.
WAKTU : 7.00 MALAM
TEMPAT : PUSTEL, PUSAT INTELEKTUAL PERMAI, IRBID

Majlis ini dinamakan sebagai "Mesra Adha" dan sememangnya jelas sekali kemesraan ahli BKPJJ dapat diamati sepanjang majlis, disamping menyambut hari raya Aidiladha.






Untuk memuat turun gambar-gambar ini, sila ke Laman Galeri Flickr BKPJJ kami :

http://www.flickr.com/photos/69974027@N06/sets/

GERAI JoJo


Pada sesi kali ini, Lujnah Perbendeharaan BKPJJ dengan kerjasama Bendahari BKPJJ telah mewujudkan GERAI JOJO untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam BKPJJ dengan meningkatkan ekonomi melalui jualan-jualannya.







Untuk memuat turun gambar-gambar ini, sila ke Laman Galeri Flickr BKPJJ kami :

http://www.flickr.com/photos/69974027@N06/sets/

Lawatan Ramah Mesra Mu'tah 2011


Barisan AMT telah berkunjung ke mantiqah Mu'tah utk berjumpa pelajar2 baru di sana. Untuk makluman, terdapat 13 org baru mendaftar.
7 org syabab dan 6 org akhawat.
Program ringkas dan penuh bermakna ini dijalankan di Jabal Iraq, Karak.
Dengan besar hati kami mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru di Mu'tah dan untuk makluman, tahun ini kita mempunyai bilangan ahli BKPJJ yg ramai di sana berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Semoga ukhwah yg terjalin lebih erat.







Untuk memuat turun gambar-gambar ini, sila ke Laman Galeri Flickr BKPJJ kami :

http://www.flickr.com/photos/69974027@N06/sets/

Pendaftaran 2011



Selamat datang dan tahiah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Johor yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke bumi Jordan. Pada 7 Oktober 2011, telah diadakan Sesi Pedaftaran Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan bagi kemasukan baru tahun 2011. Program berlangsung di Dewan Al-Kindi.





Untuk memuat turun gambar-gambar ini, sila ke Laman Galeri Flickr BKPJJ kami :

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management