19 August 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERCUTI

Assalamualaikum wbt.Apa khabar anak-anak johor sekalian? Harap-harapnya antum semua dalam keadaan sihat sejahtera. Maklumlah sekarang ini virus H1N1 sedang mengganas, takut-takut ada pula yang berjangkit nanti.

Dalam kesempatan ini, Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli BKPJJ sama ada yang masih berada di Jordan atau pun yang telah pulang ke tanah air. Marilah kita gunakan peluang yang Allah beri ini untuk meningkatkan amal ibadah kita. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah. Ameen.
Sedikit peringatan juga buat warga BKPJJ yang bakal pulang ke Malaysia. Antum semua diharapkan agar dapat menjaga kesihatan masing-masing. Mintalah kepada Allah agar dijauhkan daripada sebarang penyakit sepanjang antum semua berada di sini. Ditakuti nanti antum dikuarantin pula sewaktu berada di lapangan terbang. Tak kan nak habiskan cuti di lapangan terbang sahaja kot?

Bagi yang tidak pulang ke Malaysia, marilah kita sama sama menumpukan dan mempertingkatkan amalan amalan dan ibadah sempena bulan puasa ini dan kita sama sama kurang perkara perkara lagha. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari kemungkaran dan maksiat. Dan jangan lupa kita sama sama sambut adik adik yang bakal tiba di Jordan pada pertengahan bulan 9 ini. Kita beri "first impression" yang positif kepada mereka. Bagi yang akan menghadapi peperiksaan pada masa terdekat ini dan akan datang, semoga dikuatkan semangat dan dipermudahkan mengulangkaji pelajaran.

Sekian sahaja dari kami,akhir kata kami megucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bercuti kepada semua ahli BKPJJ yang tercinta. Manfaatkanlah cuti yang diperoleh dengan sebaiknya. Moga-moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.


Biro Penerbitan dan Multimedia

No comments:

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management