KUALA LUMPUR: Jenazah pelajar tahun dua Universiti Mu'tah, Jordan, Saiful Asraf Saifuddin yang maut dalam kemalangan jalan raya pada Isnin lalu, dijangka tiba di tanah air esok.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Amman sedang membuat persediaan untuk menghantar pulang jenazah ke Malaysia. Saiful Asraf, 22, yang mengikuti pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah, maut dalam kemalangan ketika menjemput tiga rakan pengajiannya yang baru tiba di lapangan terbang selepas pulang bercuti di Malaysia.
Kemalangan berlaku apabila kereta sewa yang dinaiki mereka hilang kawalan ketika melakukan pusingan ‘U’ di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Tiga rakannya, Mohd Hanafi Khalis Zainal Abidin, Nadhirah Husna Ahmad dan Nur Syahirah Saipolbahari hanya mengalami kecederaan ringan.
"Allahyarham berasal dari Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Ibu bapa dan ahli keluarga pelajar berkenaan sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian.Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Amman sedang membuat persediaan untuk menghantar pulang jenazah ke Malaysia. Saiful Asraf, 22, yang mengikuti pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah, maut dalam kemalangan ketika menjemput tiga rakan pengajiannya yang baru tiba di lapangan terbang selepas pulang bercuti di Malaysia.
Kemalangan berlaku apabila kereta sewa yang dinaiki mereka hilang kawalan ketika melakukan pusingan ‘U’ di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Tiga rakannya, Mohd Hanafi Khalis Zainal Abidin, Nadhirah Husna Ahmad dan Nur Syahirah Saipolbahari hanya mengalami kecederaan ringan.
"Allahyarham berasal dari Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor. Ibu bapa dan ahli keluarga pelajar berkenaan sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Dan kematian itulah satu-satunya cara untuk kita pulang kembali menghadap Allah SWT.
Biar bagaimanapun cara kita menghadapi kematian kita, pastikan diri kita sentiasa bersedia untuk menghadapi hari yang penuh kepastian itu bagi setiap manusia.
Khabar pemergian Allahyarham Saiful Asyraf Saifuddin benar-benar meruntun jiwa mahasiswa-mahasiswi penuntut jordan dan keluarganya khususnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya. Alfatihah.
Mohon didoakan juga sahabat-sahabat kita, merupakan Ahli Rasmi BKPJJ yang turut terlibat dalam nahas kemalangan tersebut. Semoga Allah memulihkan kecederaan mereka dan menguatkan kembali emosi mereka yang trauma akibat daripada kejadian tersebut.
Setiap yang berlaku itu sudah tertulis di luh mahfuz. Biar apa jua cara, itu hanyalah asbab kepada segalanya yang berlaku. Mudah-mudahan ia menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.
Antara doa yang mustajab adalah doa seorang saudara untuk saudaranya yang lain tanpa pengetahuan saudaranya itu..Selamat Beramal!
No comments:
Post a Comment