15 November 2012

HIJRAH: Satu Permulaan kepada Perubahan

 1 Muharram.?? Eh, tahun baru laa,, nak pasang azam baru laa..
Ok, aku nk berazam tahun ni akan menjadi tahun yang lagi baik dari tahun lepas.

Adalah menjadi suatu perkara yg 3adi, apabila tiap kali tahun baru sahaja, azam baru digenggam, matlamat baru disemat dan impian baru diimikan untuk tahun yang akan dilalui. Yang pastinya kita nak jadi lebih baik dari tahun lepas.. Kita nak berHIJRAH. Tapi kan... Azam2 kita tahun lepas terlaksana ke?

Mostly x kan...Lesh???

Ad-dua Silah Al-Mukminin
Firstly niat. tgk balik apa NIAT KITA NAK HIJRAH.. Nak famous???Nak dikenali??? Nak banyak duit??? Nak kawen??? Insyaallah suma tu akan dapat...Rujuk balik Hadith Arbain Imam Nawawi, yang pertama: 
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Sebaik2nya, niat kita  kerana Allah, apabila niat KERANA ALLAH, insyaallah dapat mardhatillah, semua yang diimginkan akan dikecapi...

Hakikat yang pasti, HIJRAH yang diimpikan bukan dapat dalam sekelip mata, BUKAN SUATU YANG MUDAH sekiranya tiada usaha sebagai pengiringnya...Kalau kita just cakap "Aku nak berubah". lepas tu tak de usaha. kita masih lagi dgn sikap2 buruk lama kita, main game. tido dalam kelas. memang tak lah impian tu.

Lagi2 kalau kita nak berubah jadi lebih baik, mesti susah kan. Kita xboleh lah nak berubah first2 macam syaitan perangai nya, kemudian masuk je tahun baru, jadi malikat pulak.. member2 kita pon terkejut kan dan kita sendiri pon terkejut kan. xboleh nak adapt.. so HIJRAH ini perlu dilakukan perlahan2, syuai-syuai, serta MEMERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI.  Sabru min al-Iman kan??? Kita xboleh  paksa diri kita untuk berubah.

Nak capai matlamat HIJRAH, KENE ADE STRATEGI kan. Rasulullah S.A.W pon ketika nak berhijrah dulu, strategi telah dicorak, baginda menghantar Saidina Ali Bin Abi Talib untuk tidur diatas katil baginda ketika rumah baginda dikepung untuk Musyrikin Quraisy pada malam sebelumnya. So, kalau kita rancang strategi untuk berubah, Insyaallah, kita pon akan dapat pahala sunnah kan? Macam2 strategi bole kita wat untuk berjaya dalam Azam kita ni, buat checklist Amalan kita,supaya kita sentiasa rasa semangat untuk beramal. Sentiasa berkawan dengan kawan yang dapat bantu kita capai Azam kita utk create biah solehah dalam kehidupan kita.. sebab syaitan sentiasa ada untuk menghasut anak2 adam, pada setiap masa. 
Well prepared strategies

Fastaqim kama umirta.
 Tapikan... seminggu lepas tu ,checklist entah ke mana, azam pon entah ke mana. tu kira ok la lg seminggu, kalau lg teruk, esok nya da futur dah.. ish .. Lagha je sgala planning kita.. sebab tu la HIJRAH PERLUKAN ISTIQAMAH. ya3ni berterusan.. kalau kejap2 je hangat2 taik ayam, , pon x berguna juga  kan.


Tu la, nak capai azam utk berhijrah kpada yamg lebih baik, xmudah. macam2 kene buat, xdatang secara bergolek. kita kalau nk dapat sesuatu yang diingikan, kene rasa sakit sikit dulu, insyaallah, lepas tu kebahagiaan yang berpanjangan menanti kita.Tapi jangan lupa pula, setelah kita beusah, HIJRAH perlu kepada kebergantungan kepada Allah, PERLUKAN DOA sbb Allah yang tentukannya.Org Mu'min punya senjatakan doa, kalo xde senjata ni, mana mungkin akan menangkan??? Walaupun Allah dah tau da, apa ending kita nnti, tapi kita kene gak berusaha doa dan tawakal, sbb kita xtau apa ending life kita nnti kan.. 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Konklusinya, HIJRAH SATU PERMULAAN KEPADA PERUBAHAN, sebab kejayaan sebuah hijrah tu takat mana kita mampu bertahan ya3ni Istiqamah untuk kehidupan yang lebih baik.

..................................................................................................................................................................

Tanggal 1 Muharram 1433 Hijrah, kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak secara mendadak di Jordan, secara tidak langsung harga barang lain akan meningkat secara mendadak.,. Susulan daripada itu, berlaku demonstrasi  besar-besaran di bandar-bandar di sekitar Jordan, Kita tidak tahu sama ada ini suatu perkara yang baik (Kebangkitan Umat Islam) atau suatu perkara yang buruk (Perbalahan Umat Islam), kerama Allahu A3lam.. Yang penting, pasti ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku..Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah mengurniakan yang terbaik untuk umat Islam seluruh dunia khususnya, kita, yang sedang berjihad menunutut ilmu di Bumi Syam ini.

-JOJO Studio-

No comments:

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management