Dana Harimau Selatan
Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan
Allah S.W.T berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 254 yang bermaksud
:
"Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah
sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari
(kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang
memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang
kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim."
Alhamdulillah, segala puji
dan syukur dipanjatkan kepada Allah
S.W.T, selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad S.A.W, ahli keluarga,
para sahabat radiallahuanhum, para tabi’in as-sabiqin serta
orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah ke hari kiamat.
PENGENALAN
Mesyuarat
kali pertama Badan Pengurus BKPJJ sesi 2013/2014 pada 13 Julai 2013 telah sepakat
dan memutuskan untuk menubuhkan DANA HARIMAU SELATAN BKPJJ yang berorientasikan kebajikan
bagi manfaat para ahli BKPJJ. Buat pertama kalinya dalam sejarah BKPJJ, dana seumpama
ini diwujudkan untuk memperkasa kebajikan para ahli dan seterusnya dimanfaatkan
untuk kemaslahatan ahli BKPJJ sebagai mahasiswa Islam kelas pertama. Tambahan dari
itu, sebahagian mahasiswa BKPJJ yang berkemampuan dapat menginfakkan sejumlah sumbangan
tetap bagi menampung dana tersebut di samping mekanisma-mekanisma yang lain. InsyaAllah,
dengan tertubuhnya dana ini, diharapkan dapat meringankan beban ahli BKPJJ yang
memerlukan dan menjadi pembakar semangat kepada mereka dalam meneroka ilmu di
bumi Jordan ini.
NAMA DANA
Dana Harimau Selatan
BKPJJ
TEMA
Kebajikan Anda,
Keutamaan Kami
VISI
Menjamin kebajikan dan
meringankan beban ahli BKPJJ
MISI
1. Melahirkan komuniti
BKPJJ yang saling membantu
2. Melatih dan memberi peluang
kepada ahli BKPJJ untuk berinfaq dan menderma.
SASARAN
Ahli BKPJJ
PELAKSANAAN/PENGURUSAN
DANA
Kaedah perjalanan dana ini
akan menggunakan pendekatan-pendekatan sebagaimana berikut :
1) Syarat-Syarat Am
Penerima:
1.1 Mestilah terdiri daripada ahli Rasmi Badan Kebajikan Pelajar Johor
Jordan (BKPJJ).
1.2 Mestilah dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah kewangan.
1.3 Latar belakang ekonomi keluarga berpendapatan
rendah.
1.4 Bukanlah dari kalangan mereka yang ditaja.
Sila klik untuk muat turun borang permohonan DHS
<< BORANG PERMOHONAN DHS >>
Sila klik untuk muat turun borang permohonan DHS
<< BORANG PERMOHONAN DHS >>
2) Pakej sumbangan:
2.1 Terbahagi kepada dua sumber penyumbang:
(i)
Tetap.
Setiap ahli yang ingin
menyumbang, boleh memilih salah satu dari pakej yang ditawarkan.
Jenis
|
Pakej
|
Az- Zahab
|
5 JD
|
Al-Fiddoh
|
4 JD
|
Al-Burunz
|
3 JD
|
(ii)
Fleksibel
Penyumbang diberi
kebebasan untuk menentukan sendiri jumlah sumbangan yang ingin diberikan. Pakej
ini juga memberi peluang kepada sesiapa termasuk bukan ahli BKPJJ untuk
menyumbang.
Sila klik untuk muat turun borang pengakuan penyumbang DHS
<< BORANG PENGAKUAN PENYUMBANG DHS >>
Sila klik untuk muat turun borang pengakuan penyumbang DHS
<< BORANG PENGAKUAN PENYUMBANG DHS >>
3) Cara-cara pengutipan derma:
3.1
Setiap penyumbang diberi kebebasan untuk memilih salah satu dari tempoh
masa seperti yang berikut:
3 bulan sekali.
6 bulan sekali.
4) Mekanisma pengagihan
4.1 Pengagihan dana
akan dilakukan oleh setiap wakil mantiqah yang telah ditugaskan.
ORGANISASI PERLAKSANA
No comments:
Post a Comment