20 March 2009

SEJARAH

Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) telah ditubuhkan pada pada 22 Mei 1994, Ahad bersamaan 11 ZulHijjah 1414h. Perlembagaan rasmi badan kebajikan ini juga telah dibentuk buat kali pertamanya pada hari yang sama dalam Mesyuarat Penubuhan BKPJJ yang diadakan di petempatan pelajar Johor di Mazar, Karak, Jordan. BKPJJ adalah merupakan badan kebajikan pertama yang ditubuhkan di Jordan ini dan bernaung terus di bawah Kerajaan Negeri Johor pada ketika itu selain turut bernaung dibawah Kedutaan Besar Malaysian Amman. Dengan jumlah ahli yang ramai pada ketika itu, BKPJJ menjadi sebuah badan kebajikan yang cukup aktif dan kaya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menyatukan pelajar-pelajar Johor yang menuntut di Jordan, mengutamakan kebajikan ahli dan melaksanakan aktiviti yang dapat menjana ekonominya. Pun begitu, bilangan ahli BKPJJ yang berdaftar saban tahun berkurangan. BKPJJ juga tidak dapat bergiat aktif seperti dulu apatah lagi bermula pada tahun 2002, badan kebajikan ini tidak lagi mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri. Kini, BKPJJ mula menyusun semula gerak kerja agar dapat bergerak deiringan dengan badak-badan kebajikan yang lain. Perlembagaan rasmi BKPJJ telah diperkasakan dengan memberi perhatian lebih untuk menyatupadukan seluruh pelajar Johor yang menuntut di Jordan ini. Gerak tumpu juga sudah dirancang untuk memberi fokus utama kepada aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan sahsiah ahli, tarbiyah dan keupayaan membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Pelan tindakan 5 tahun sudah dirancang untuk dilaksanakan. BKPJJ juga sudah mampu memberi bantuan kewangan kepada ahli sebagai satu usaha kebajikan dengan bantuan keadaan kewangan yang agak stabil pada ketika ini. Adalah diharapkan agar BKPJJ dapat mengulang kembali sejarah lama menjadi badan kebajikan yang aktif dan cemerlang sejajar dengan motto badan kebajikan ini “Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah”

No comments:

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management