20 March 2009

PELAN TINDAKAN 5 TAHUN

Pengenalan:
Melihatkan kepada situasi semasa dan keperluan memperkayakan diri dengan kemahiran, Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) ketika ini berusaha merangka satu pelan tindakan yang dapat dilaksanakan bagi membantu ahli mengenal potensi diri dan menyalurkan sumber tenaga mereka menggerakkan badan kebajikan ini agar tercapai hasrat yang diharapkan untuk melahirkan ilmuan dan cendekiawan Islam yang cemerlang untuk membantu masyarakat keluar daripada belengu kejahilan.
BKPJJ adalah merupakan sebuah badan kebajikan yang cukup optimis mengambil langkah awal mencerna idea dan mengerah keringat membudayakan nilai-nilai baik dan meningkatkan kualiti dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan agar faedah hidup berpersatuan ini dapat dinikmati oleh semua ahli. Pelan tindakan yang dirancang menerapkan elemen kepimpinan, tanggungjawab, kerjasama dan profesionalisme untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan gemilang dalam aspek kehidupan yang lain merangkumi hubungan sosial dengan masyarakat, keupayaan memimpin dan menjadi contoh teladan serta jati diri yang mantap. Maka, produk yang diharapkan dapat dihasilkan melalui pelan tindakan ini adalah para pelajar atau mahasiswa yang dapat menjadi koordinator kepada masyarakat apabila kembali ke tanah air dan mampu bersaing dalam arus modenisasi ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan barisan organisator BKPJJ agar pelan tindakan 5 tahun ini dapat dilaksanakan sewajarnya dan mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua pihak. Semoga perjalanan pelan tindakan ini menjadi tunjang perlaksanaan dasar-dasar dan gerak tumpu badan kebajikan ini dari semasa ke semasa.

Objektif:
1. Menerapkan budaya kerja yang sistematik dan teratur untuk memudahkan urusan dan perkhidmatan kepada ahli
2. Mencipta suasana kerja berpasukan dan hidup berpersatuan yang mapan di kalangan ahli

3. Membantu ahli mengenal kemampuan diri, mengembleng tenaga dan kudrat diri memperkasakan pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan berkhidmat kepada masyarakat

4. Pemusatan nilai-nilai murni, semangat kepimpinan dan rasa bertanggungjawab ahli terhadap diri, keluarga, masyarakat, tanah air dan agama

5. Mengukuhkan tautan ukhuwah dan melestarikan kasih sayang di antara ahli


Visi:
Menjelang tahun 2012, BKPJJ akan menjadi badan kebajikan paling berperanan terhadap kebajikan ahli, perkhidmatan kepada masyarakat dan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Misi:

1. Perlaksanaan Perlembagaan rasmi secara keseluruhan

2. Pengurusan persatuan secara sistematik, professional dan teratur

3. Penerapan nilai-nilai murni dalam gerak kerja berpesatuan

4. Perkhidmatan yang cemerlang


Motto persatuan:
“PELAJAR CEMERLANG MEMIMPIN UMMAH”

Slogan Gerak kerja
:
“Ke Arah Mememperkasakan Profesionalisme dan Kecemerlangan”

Susur galur Pelan Tindakan 5 tahun BKPJJ

Tahun Pertama:

1. Memastikan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam persatuan sama ada aktiviti atau pengurusan, mematuhi dasar, objektif penubuhan dan gerak tumpu BKPJJ

2. Memperkasakan perlaksanaan Perlembagaan BKPJJ.

3. Semakan, analisa, memperelok dan menambah baik pengurusan persatuan
4. Aktiviti yang dilaksanakan hendak konstruktif, membawa konsep muhibbah dan mencerminkan signifikan badan kebajikan ini kepada ahli-ahlinya

Tahun Kedua:

1. Fokus ke arah pemantapan pengurusan. Pengurusan yang sistematik, teratur dan professional
2. Menitikberatkan kebajikan ahli melalui pinjaman kewangan, khidmat nasihat, kaunseling, aktiviti-aktiviti khairat, kesihatan dan keselamatan

3. Tautan ukhuwah yang erat di kalangan ahli

Tahun ketiga:
1. Pengurusan persatuan yang memuaskan hati ahli

2. Perkhidmatan yang terbaik seperti guna pakai aset persatuan, pinjaman kewangan dan badan pentadbir yang mesra ahli serta memahami situasi dan keperluan ahli

3. Penerapan beberapa lagi nilai murni dalam pentadbiran persatuan dan gerak kerja berpasukan

4. Gerakan dan sumbang saran kepada ahli untuk turut sama dalam aktiviti mahasiswa mendekati masyarakat; mewujudkan hubungan baik antara masyarakat dengan mahasiswa
Tahun keempat:

1. Kualiti dan mutu perkhidmatan harus dipertingkatkan. Mencari lebih banyak peluang dan ruang untuk memberikan perkhidmatan unggul kepada ahli
2. Hubungan luar ; persatuan-persatuan, badan-badan kebajikan anak negeri, Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan dan Majlis-majlis naungan kerajaan Negeri diperbaharui atau diperkasakan

3. Gembleng usaha melicinkan perjalanan pelan tindakan ini mengikut objektif, visi dan misi
Tahun kelima:

Pencapaian visi pelan tindakan : Menjelang tahun 2012, BKPJJ akan menjadi badan kebajikan paling berperanan terhadap kebajikan ahli, perkhidmatan kepada masyarakat dan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

No comments:

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management