Ramadhan yg bertamu mmg menjadi madrasah kpd kite utk menjadi manusie yg sentiase bersabar dan menerime ketentuan Allah s.w.t. Demikian madrasah, padanya ada pengajaran dan pembelajaran, padanya latihan, padanya ujian dan akhirnya nanti adalah keputusan. Semuanya untuk kita memperkukuh rasa kehambaan dalam diri kita.
Saya dengan rasa sungguh-sungguh rendah diri dengan kekerdilan diri ini, memohon jasa baik daripada warga BKPJJ sekalian agar dapat mendoakan kesejahteraan sepupu saya (Khairul Azwan bin Abdul Aziz) yang sekarang berada di wad ICU, menjalani brain surgery
kerana terdapat blood clot di bahagian otaknya, sekarang dlm keadaan tidak sedarkan diri, kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Saya sendiri, dan sebagai memenuhi permintaan keluarganya memohon agar kita bersama dapat mendoakan kesejahteraan buatnya dan semoga pulih kembali sihat hendaknya.
Segala kebaikan dan amal soleh yang kalian lakukan, semoga Allah dapat membalasnya bahkan semoga amal kebaikan itu dilipat-gandakan ganjarannya sempena Ramadhan yang bertamu ini.Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Nurhalim bin Ahmad
3 comments:
Ya Allah, selamatkanlah.
Salam takziah utk keluarga Khairul Azwan bin Abdul Aziz.
nanti kalau ade apa2 perkembangan bgtau lah.
la haula wala kuwwata billah~
moga Allah selamatkan beliau dan memberi kekuatan dan ketenangan kepada semua terutamanya ahli keluarga beliau. Ameen~
semoga dipermudahkan segala urusan olehNya
Post a Comment