16 February 2012

Majlis Ramah Mesra & Temuduga MAIJ



:: PROMO RASMI ::


Mari kita bersama-sama menjayakan majlis ramah mesra bersama MAIJ! 
Bertempat di Solah Petra, 21 Februari 2012, jam 6.00 petang. 

Temuduga pada hari esoknya, juga diadakan bagi pelajar yang belum mendaftar.
Segala butiran mengenai Temuduga Zakat MAIJ akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di
johorjordan@gmail.com

Kami mengucapkan selamat bertemuduga buat semua! 

:: Dibawakan khas oleh Majlis Agama Negeri Johor & Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan ::

11 February 2012

Hari Apresiasi Sejarah dan Kebudayaan Johor 2012

Pada 11 Februari 2012, BKPJJ mengadakan Hari Apresiasi Sejarah dan Kebudayaan Johor yang bertujuan untuk mempromosikan Johor di mata dunia. 



Hari Apresiasi Sejarah dan Kebudayaan Johor
[tentatif] 
3.30 pm - 6.00 pm: perasmian dan pameran [TERBUKA untuk seluruh warga PERMAI]
apa yg menarik??
1- pertandingan sepak bulu ayam untuk syabab (4.00 pm)
2- permainan ceper dan batu seremban bagi akhawat
3- tayangan interaktif sejarah dan kebudayaan negeri Johor
4- makanan tradisi
MENARIK!! :- MAKANAN ISTIMEWA bagi 10 PENGUNJUNG TERAWAL~~

7.30 pm - 8.30 pm: malam kemuncak [KHAS bagi ANAK-ANAK JOHOR]
-kuiz johor
-tarian zapin
-kuiz multimedia
-penyampaian hadiah
-jamuan

-bersurai

14 January 2012

Permohonan Zakat & Bantuan Pelajaran Pelajar Johor Jordan-Pembetulan 1 Feb 2012




Permohonan zakat dan bantuan pelajaran kepada pelajar Johor di Jordan telah di buka.

Permohonan bermula:Khamis /12 Januari 2012
Tarikh tutup permohonan:Rabu  /15 Februari 2012

Pemohon digalak untuk membaca 
“Kriteria dan Panduan Permohonan Bantuan MAIJ”
Untuk membacanya sila muat turun fail ini:

Borang zakat boleh dimuat turun di:
klik link ini: 
http://www.mediafire.com/?my0sd96t4t742x4 <Pembetulan 1 Feb 2012>

Pemohon dikehendaki print, dan melengkapkan borang tersebut.

Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah discan dan hantar melalui email kepada pegawai Johor di Mesir melalui email ini: <sila hantar ke kedua-dua email ini>
hep_johor@yahoo.com dan johorjordan@gmail.com 


Bagi pelajar yang pernah mengisi borang permohonan di Malaysia tetapi tiada perkembangan maka disaran mengisi semula borang permohonan.

Para pelajar yang memenuhi syarat kelayakkan sahaja akan di panggil temuduga dan tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang kemusykilan saudara/i boleh menghubungi:

Muhammad Bin Abd Jaafar
Yang di Pertua BKPJJ
0779669753

Nur Rasyidah bt Kamaruzaman
Timbalan Yang di Pertua BKPJJ
0777714451

Ust Firdaus Omar
Kerani Hep Johor Mesir
hep_johor @yahoo.com

22 December 2011

SOLAT HAJAT IMTIHAN NIHAIE' 2011

Bersempena dengan musim peperiksaan yang akan bermula tidak lama lagi, jangan kita lupa kepada Allah yang menganugerahkan kita akal fikiran dan kejayaan. Ayuh kita semua bersama memohon hajat kepada-Nya agar diberikan kemudahan sepanjang usaha kita demi membina kejayaan. Dengan itu, BKPJJ bekerjasama dengan BKMPJ akan mengadakan SOLAT HAJAT IMTIHAN NIHAIE' pada 24 Disember 2011 ini. Semua warga Johor dan Pahang sangat digalakkan untuk hadir sama ke majlis ini.
Segala maklumat ada tertera di atas poster iklan di bawah:



11 December 2011

Putera Kecil Johor



Terima kasih buat saudara Fauzi Akmal dan saudari Nur Nadiah atas kesudian menerima kunjungan BKPJJ. Sekali lagi warga BKPJJ mengucapkan setinggi tahniah atas kelahiran putera sulung kalian :)


Ahmad Fateh Bin Fauzi Akmal selamat dilahirkan pada pukul 8:05 malam, 27 November 2011 di Hospital Mustashfa Islamy. 

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management