22 August 2009

Sepenuh Hati Memohon Jasa Baik

Ramadhan yg bertamu mmg menjadi madrasah kpd kite utk menjadi manusie yg sentiase bersabar dan menerime ketentuan Allah s.w.t. Demikian madrasah, padanya ada pengajaran dan pembelajaran, padanya latihan, padanya ujian dan akhirnya nanti adalah keputusan. Semuanya untuk kita memperkukuh rasa kehambaan dalam diri kita.

Saya dengan rasa sungguh-sungguh rendah diri dengan kekerdilan diri ini, memohon jasa baik daripada warga BKPJJ sekalian agar dapat mendoakan kesejahteraan sepupu saya (Khairul Azwan bin Abdul Aziz) yang sekarang berada di wad ICU, menjalani brain surgery

kerana terdapat blood clot di bahagian otaknya, sekarang dlm keadaan tidak sedarkan diri, kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Saya sendiri, dan sebagai memenuhi permintaan keluarganya memohon agar kita bersama dapat mendoakan kesejahteraan buatnya dan semoga pulih kembali sihat hendaknya.


Segala kebaikan dan amal soleh yang kalian lakukan, semoga Allah dapat membalasnya bahkan semoga amal kebaikan itu dilipat-gandakan ganjarannya sempena Ramadhan yang bertamu ini.Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Nurhalim bin Ahmad

19 August 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERCUTI

Assalamualaikum wbt.Apa khabar anak-anak johor sekalian? Harap-harapnya antum semua dalam keadaan sihat sejahtera. Maklumlah sekarang ini virus H1N1 sedang mengganas, takut-takut ada pula yang berjangkit nanti.

Dalam kesempatan ini, Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli BKPJJ sama ada yang masih berada di Jordan atau pun yang telah pulang ke tanah air. Marilah kita gunakan peluang yang Allah beri ini untuk meningkatkan amal ibadah kita. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah. Ameen.
Sedikit peringatan juga buat warga BKPJJ yang bakal pulang ke Malaysia. Antum semua diharapkan agar dapat menjaga kesihatan masing-masing. Mintalah kepada Allah agar dijauhkan daripada sebarang penyakit sepanjang antum semua berada di sini. Ditakuti nanti antum dikuarantin pula sewaktu berada di lapangan terbang. Tak kan nak habiskan cuti di lapangan terbang sahaja kot?

Bagi yang tidak pulang ke Malaysia, marilah kita sama sama menumpukan dan mempertingkatkan amalan amalan dan ibadah sempena bulan puasa ini dan kita sama sama kurang perkara perkara lagha. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari kemungkaran dan maksiat. Dan jangan lupa kita sama sama sambut adik adik yang bakal tiba di Jordan pada pertengahan bulan 9 ini. Kita beri "first impression" yang positif kepada mereka. Bagi yang akan menghadapi peperiksaan pada masa terdekat ini dan akan datang, semoga dikuatkan semangat dan dipermudahkan mengulangkaji pelajaran.

Sekian sahaja dari kami,akhir kata kami megucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bercuti kepada semua ahli BKPJJ yang tercinta. Manfaatkanlah cuti yang diperoleh dengan sebaiknya. Moga-moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.


Biro Penerbitan dan Multimedia

Si Unta Kecil

Anak unta : mak, boleh tak kalau saya nak tanya sikit?
Mak unta : boleh je..ape dia?
Anak unta : kenapa kat badan kita ada bonggol?
Mak unta : sebab kita hidup kat padang pasir. Jadi kita perlukan bonggol ni untuk simpan air.
Anak unta : oh, macam tu. Tapi mak, kenapa kaki kita panjang dan tapak dia bulat?
Mak unta : sebab senang la kita nak jalan atas pasir.
Anak unta : oh, begitu. Tapi mak, kenapa bulu mata kita panjang dan lebat? Kadang-kadang saya rasa rimas.
Mak unta : bulu mata ni sebagai pelindung kita dari angin dan ribut pasir.
Anak unta : oh, sekarang saya dah faham. Bonggol untuk simpan air, kaki untuk jalan atas padang pasir dan bulu mata untuk perlindungan. Tapi mak, apa kita buat kat zoo ni?!!
Mak unta : .............






"Kemahiran, ilmu pengetahuan, pengalaman dan kebolehan yang Allah beri kepada kita hanya berguna jika kita berada di tempat yang betul."


Anda berada di mana sekarang??!


12 August 2009

MAJALAH SUASA EDISI PERTAMA SESI 08/09

NANTIKAN EDARAN MAJALAH SULONG BKPJJ "MAJALAH SUASA" YANG AKAN DITERBITKAN TIDAK LAMA LAGI !!!


SEMOGA MENDAPAT INPUT BERGUNA DARI PENERBITAN WARKAH SULONG KITA INI..

Biro Penerbitan dan Multimedia

INGIN MELONTAR CADANGAN AKTIVITI @ KOMEN???

ANDA INGIN MEMPUNYAI HAK UNTUK MELONTAR CADANGAN DAN KOMEN ANDA DI SINI..KEPADA AHLI BKPJJ, UNTUK BERBUAT DEMIKIAN, BOLEH MENDAFTAR DI LAMAN "MUSYAWARAH BKPJJ" DENGAN SEGERA DAN ANDA BOLEH MEMBUKA TOPIK CADANGAN DAN DIBINCANG BERSAMA SAMA AHLI LAIN DAN AMM.ENSYAALLAH AKAN DIBINCANG DAN DIPERTIMBANGKAN DI PERINGKAT AMM.


10 August 2009

SENARAI AHLI MAJLIS MESYUARAT BKPJJ SESI 09/10

Berikut merupakan senarai Ahli Majlis Mesyuarat(AMM) BKPJJ yang baru dilantik bagi sesi pentadbiran 09/10:

AHLI MAJLIS TERTINGGI

YANG DI-PERTUA
ARSHAD KHALID BIN MOHAMD FADHIL

TIMBALAN YANG DI-PERTUA
NUR AZLEEN BT MOHD AZLAN

SETIAUSAHA
MUHAMMAD HILAL ASYRAF BIN ABDUL RAZAK

TIMBALAN SETIAUSAHA
NUHA IFFAH BINTI NORDIN

BENDAHARI
AHMAD SYAHMI BIN YAHYA

TIMBALAN BENDAHARI
MAYA BINTI ILHAM

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF

KETUA BIRO URUSAN PERBENDAHRAAN DAN NAIK TARAF EKONOMI
IBRAHIM BIN NASIR
TIMBALAN KETUA BIRO URUSAN PERBENDAHRAAN DAN NAIK TARAF EKONOMI
AIDA BINTI SERI HASNON

KETUA BIRO HAL EHWAL AKTIVITI
MUHAMAD IDERIS BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA BIRO HAL EHWAL AKTIVITI
SITI UMAIRAH BINTI ABD RAHMAN

KETUA BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA

MUHAMMAD BIN ABD JAAFAR
TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
IZZAH KAMILAH BINTI MOHD TAHIR

PERWAKILAN MAFRAQ

HAMDI MUNIR BIN SHAARI

PERWAKILAN MU’TAH

SHAH REZA BIN KAMAROZAMAN


sehubungan dengan ini, kami AMM BKPJJ mengharapkan kerjasama daripada semua ahli agar sama-sama dapat membantu memajukan serta mencapai target BKPJJ untuk sesi 09/10.
“Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah”.

AMM 09/10

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management