22 December 2011

SOLAT HAJAT IMTIHAN NIHAIE' 2011

Bersempena dengan musim peperiksaan yang akan bermula tidak lama lagi, jangan kita lupa kepada Allah yang menganugerahkan kita akal fikiran dan kejayaan. Ayuh kita semua bersama memohon hajat kepada-Nya agar diberikan kemudahan sepanjang usaha kita demi membina kejayaan. Dengan itu, BKPJJ bekerjasama dengan BKMPJ akan mengadakan SOLAT HAJAT IMTIHAN NIHAIE' pada 24 Disember 2011 ini. Semua warga Johor dan Pahang sangat digalakkan untuk hadir sama ke majlis ini.
Segala maklumat ada tertera di atas poster iklan di bawah:



11 December 2011

Putera Kecil Johor



Terima kasih buat saudara Fauzi Akmal dan saudari Nur Nadiah atas kesudian menerima kunjungan BKPJJ. Sekali lagi warga BKPJJ mengucapkan setinggi tahniah atas kelahiran putera sulung kalian :)


Ahmad Fateh Bin Fauzi Akmal selamat dilahirkan pada pukul 8:05 malam, 27 November 2011 di Hospital Mustashfa Islamy. 

04 December 2011

Promo MAJALAH SUASA


Dengan izin Allah, pada sesi ini kami akan berusaha menerbitkan Majalah Suasa (Suara Selatan). Kami sangat mengharapkan semua Anak-anak Johor yang berada di Bumi Jordan ini dapat memberi sumbangan kepada penerbitan majalah ini.

Karya-karya anda, amat kami harapkan. Kami terima apa jua bentuk karya penulisan anda untuk dimuatkan dalam majalah ini. Sajak, pantun, cerita pendek, dan sebagainya

Boleh hantar ke e-mail kami:
johorjordan@ gmail.com






© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management