23 January 2010

Kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Alfatihah buat Almarhum Sultan Iskandar...

Tanggal 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H hari Jumaat, Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun. Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu se
malam kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, T
unku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar telah disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang waktu Malaysia hari ini(jam 8 pagi waktu Jordan).

Rentetan itu,Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar hari ini pada pukul 1 petang Malaysia sebelum pemakaman Almarhum di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
.

Hari ini bertarikh 23 Januari juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan rakyat akan berkabung selama tujuh hari.
Peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.
Bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.
Bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.
Bendera - bendera negeri Johor yang dikibarkan di seluruh tempat juga di dikibarkan separuh tiang menandakan perkabungan kemangkatan Sultan Johor ke4, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Alhmarhum Sultan Ismail.
Semoga Allah merahmati Roh Almarhum..Alfatihah..

sumber maklumat dari Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management