13 December 2013

DANA HARIMAU SELATAN (DHS) BKPJJ

Dana Harimau Selatan
Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan


  
Allah S.W.T berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 254 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim."

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada  Allah S.W.T, selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat radiallahuanhum, para tabi’in as-sabiqin serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah ke hari kiamat.

PENGENALAN

Mesyuarat kali pertama Badan Pengurus BKPJJ sesi 2013/2014 pada 13 Julai 2013 telah sepakat dan memutuskan untuk menubuhkan DANA HARIMAU SELATAN BKPJJ yang berorientasikan kebajikan bagi manfaat para ahli BKPJJ. Buat pertama kalinya dalam sejarah BKPJJ, dana seumpama ini diwujudkan untuk memperkasa kebajikan para ahli dan seterusnya dimanfaatkan untuk kemaslahatan ahli BKPJJ sebagai mahasiswa Islam kelas pertama. Tambahan dari itu, sebahagian mahasiswa BKPJJ yang berkemampuan dapat menginfakkan sejumlah sumbangan tetap bagi menampung dana tersebut di samping mekanisma-mekanisma yang lain. InsyaAllah, dengan tertubuhnya dana ini, diharapkan dapat meringankan beban ahli BKPJJ yang memerlukan dan menjadi pembakar semangat kepada mereka dalam meneroka ilmu di bumi Jordan ini.

NAMA DANA

Dana Harimau Selatan BKPJJ

TEMA

Kebajikan Anda, Keutamaan Kami

VISI

Menjamin kebajikan dan meringankan beban ahli BKPJJ

MISI

1. Melahirkan komuniti BKPJJ yang saling membantu
2. Melatih dan memberi peluang kepada ahli BKPJJ untuk berinfaq dan menderma.

SASARAN

Ahli BKPJJ

PELAKSANAAN/PENGURUSAN DANA

Kaedah perjalanan dana ini akan menggunakan pendekatan-pendekatan sebagaimana berikut :


1) Syarat-Syarat Am Penerima:

1.1  Mestilah terdiri daripada ahli Rasmi Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ).
1.2  Mestilah dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah kewangan.
1.3  Latar belakang ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
1.4  Bukanlah dari kalangan mereka yang ditaja.

Sila klik untuk muat turun borang permohonan DHS 
<< BORANG PERMOHONAN DHS >>

     2) Pakej sumbangan:

2.1 Terbahagi kepada dua sumber penyumbang:

(i)                 Tetap.

Setiap ahli yang ingin menyumbang, boleh memilih salah satu dari pakej yang ditawarkan.

Jenis
Pakej
Az- Zahab
5 JD
Al-Fiddoh
4 JD
Al-Burunz
3 JD

(ii)               Fleksibel

Penyumbang diberi kebebasan untuk menentukan sendiri jumlah sumbangan yang ingin diberikan. Pakej ini juga memberi peluang kepada sesiapa termasuk bukan ahli BKPJJ untuk menyumbang.

Sila klik untuk muat turun borang pengakuan penyumbang DHS 
<< BORANG PENGAKUAN PENYUMBANG DHS >>

     3) Cara-cara pengutipan derma:

3.1  Setiap penyumbang diberi kebebasan untuk memilih salah satu dari tempoh masa seperti yang berikut:

3 bulan sekali.
6 bulan sekali.


4) Mekanisma pengagihan

4.1 Pengagihan dana akan dilakukan oleh setiap wakil mantiqah yang telah ditugaskan.

ORGANISASI PERLAKSANA




© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management