28 December 2010

Salam Imtihan Niha'ie!




27 July 2010

Mesyuarat Agung BKPJJ kali ke-13







ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Berita baik bagi warga johor tercinta.
Rindukan keluarga?
Mahukan perubahan dalam BKPJJ?
Inginkan persidangan?
Jangan risau..kami memahami naluri warga senegeri kami

Lalu dengan ini dibawakan,

MESYUARAT AGUNG BKPJJ KALI KE-13

Tarikh : 30 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 a.m-12.00 p.m
Tempat : Bayt Khadijah Khuwailid

Undian Pilihan Raya bermula jam 8.00-8.30 a.m
Selepas itu akan diteruskan dengan mesyuarat agung BKPJJ bermula jam 8.30 a.m-12.00 p.m.

Apa lagi??Ayuh suarakan isi hati anda!Lontarkan pendapat dan idea bernas anda! Ke arah warga Johor Jordan berminda kelas pertama.
Ke arah BKPJJ cemerlang dan berwawasan~

Masa untuk bertemu warga Johor yang juga seperti ahli keluarga kita.JOM!!

p/s: yuk tepati waktu




01 March 2010

Ada Apa Dengan Rabi'ul Awal?

Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.
Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-peristiwa Penting Bulan Rabi’ul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawwal1431/

23 January 2010

Kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Alfatihah buat Almarhum Sultan Iskandar...

Tanggal 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H hari Jumaat, Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun. Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu se
malam kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, T
unku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar telah disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang waktu Malaysia hari ini(jam 8 pagi waktu Jordan).

Rentetan itu,Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar hari ini pada pukul 1 petang Malaysia sebelum pemakaman Almarhum di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
.

Hari ini bertarikh 23 Januari juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan rakyat akan berkabung selama tujuh hari.
Peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.
Bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.
Bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.
Bendera - bendera negeri Johor yang dikibarkan di seluruh tempat juga di dikibarkan separuh tiang menandakan perkabungan kemangkatan Sultan Johor ke4, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Alhmarhum Sultan Ismail.
Semoga Allah merahmati Roh Almarhum..Alfatihah..

sumber maklumat dari Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management