Selamat Datang Mahasiswa Baru Jordan!
Kami dari Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan mengucapkan ahlan wasahlan kepada semua pelajar kemasukan 2013/14
24 December 2009
Jutaan Tahniah dan Terima Kasih !!
24 November 2009
SAYA NAK JADI BAIK
Saya masih ingat lagi peristiwa yang sangat memberi kesan dalam hidup saya itu. Walaupun ia berlaku kepada adik teman rapat saya, tetapi saya boleh dikatakan terlibat juga.
”Macam mana bang? Kali ni gagal lagi ke?”
”Jangan macam tu, kita cuba lagi...”
”Masuk ni dah kali keempat, tapi masih belum menjadi...”
”Kali kelima ni pasti jadi. Insya-Allah,” saya menguatkan semangatnya.
Begitulah antara isi perbualan yang sehingga kini masih terpahat dalam ingatan saya. Waktu itu kami sama-sama dalam kereta menuju ke rumah seorang ’alim’ untuk berubat.
Setibanya kami di sana, ramai pesakit lain yang menunggu. Masing-masing dengan masalah atau penyakitnya sendiri. Adik teman rapat saya termangu-mangu di situ. Saya pun begitu juga. Kami hanya ke situ hasil cadangan seorang teman.
”Apa saya nak kata sebagai penyakit kalau ustaz tu tanya?”
”Eh, kau ada penyakit ke?”
”Tak ada... saya cuma...”
”Katakan sahaja, saya nak jadi baik!” syor saya.
Dia mengangguk, ”Saya nak jadi baik,” ulangnya perlahan.
Adik teman rapat saya itu memang malang. Sudah beberapa kali kecewa dalam hidup. Entahlah, sebut apa sahaja masalahnya... dari putus cinta, kena halau dari rumah, dibuang kerja, berjinak-jinak dengan arak. Beberapa kali hampir dipenjara, bertaubat tapi kemudian terjebak lagi. Tetapi anehnya, dia tak pernah serik nak jadi baik. ”Tolong saya bang, saya nak jadi baik.” Itulah katanya setiap kali saya bertemunya. Kata-kata itu juga yang tidak melemahkan semangat saya untuk membantunya untuk jadi baik (mudah-mudahan saya turut jadi baik).
Masih saya ingat benar bagaimana mata ’orang alim’ tersebut merenung wajah adik teman rapat saya sebaik mendengar katanya, ”Saya nak jadi baik.” Dengan penuh kasih sayang (persis seorang ayah) dia terus merangkul adik teman saya itu seraya berkata, ”Nak jadi baik, pasti Allah bagi baik.” Di tepuk dada, dihembuskan nafas ke telinga, diusap tangan (diiringi beberapa bacaan ayat al-Quran) lantas akhirnya didoakan.
”Mari sama-sama kita doakan... supaya dia berusaha jadi baik,” kata orang alim itu.
Kami sama-sama mengamin doa tersebut. Pendek, tapi menusuk. Tanpa disedari air mata kami mengalir. Biarlah kali ni benar-benar dia jadi baik.
Dalam perjalanan pulang, kami terus berbual.
”Bang, mudah ke nak jadi baik?”
”Jangan tanya macam tu... Baik tanyakan bagaimana nak jadi baik. Itu lebih tepat.”
”Kenapa?”
”Susah atau senang bukan soalnya. Sebab, dalam susah ada senang. Dalam senang, ada susah. Ada susah yang jadi mudah. Ada mudah yang jadi susah.”
”Ops, susah nak faham kata-kata abang ni.”
”Tulah, jangan cari susah. Cari mudah... tanyakan, bagaimana nak jadi baik, itu soalnya.”
”Oklah, macam mana nak jadi baik?” Dia akur.
Saya senyum. Sejak pulang dari rumah ’orang alim’ tadi saya lihat semangatnya nak jadi baik semakin meningkat.
”Mula-mula pastikan dulu, kita benar-benar nak jadi baik...,” jawab saya.
”Ni tak susah, semua orang nak jadi baik...,” pintasnya.
”Tidak, tak semua orang benar-benar nak jadi baik. Kebanyakannya hanya berangan nak jadi baik.”
”Macam mana nak bezakan kesungguhan dengan angan-angan.”
”Orang yang ingin jadi baik mempunyai gambaran yang cukup jelas tentang bentuk ’orang baik’ yang diidamkannya. Orang yang berangan-angan tak macam tu...”
”Lepas tu...”
”Bayar harga yang sepatutnya untuk jadi baik.”
”Maksud abang?”
”Macamlah kita nakkan sesuatu barang. Jika benar-benar inginkan barang tu, kita mesti sanggup bayar berapa pun harga untuk mendapatkannya.”
”Apa harga jadi baik?”
”Bagus soalan tu... Jangan pula tanya, mahal atau murah? Baiklah, jawapannya: Bersungguh-sungguh menggunakan peluang dan ruang untuk jadi baik.”
”Peluang nak jadi baik memang luas...”
”Tahu pun...”
”Ruangnya pun luas...”
”Jadi apa masalahnya?”
”Tak sungguh-sungguh...,” katanya.
”Macam mana nak sungguh-sungguh?” sambungnya lagi.
”Abang dah kata tadi, kesungguhan datang sekiranya kita benar-benar inginkan sesuatu. Maksudnya, kalau benar-benar nak kita nak jadi baik, pasti timbul usaha yang sungguh-sungguh nak jadi baik. Kalau tak ’benar-benar’, mana nak ’sungguh-sungguh’...”
Termenung lagi dia.
”Macam mana nak sungguh-sungguh dalam usaha nak jadi baik?”
”Cari dan dapatkan semua ’bahan’ nak jadi baik. Kemudian, lalui ’proses’-nya. Konsisten melakukannya. Akhir sekali... doa!”
”Bang, tolong mudahkan saya nak fahamkan semua ni.”
”Anggap nak jadi baik ni macam nak buat kuih. Pertama, kena tanya hati, benar-benarkah kita nakkan kuih tu? Jika ya, pastikan betul kuih apa yang kita nak buat? Kemudian, dapatkan bahan-bahannya. Lepas tu laksanakan kaedah membuatnya... adun, uli, canai, bakar dan sebagainya....”
Perbualan pulang dari rumah ’orang alim’ itu sangat berkesan dalam hidupnya. Kami berbual tentang cara nak jadi baik mengikut kaedah Islam. Saya cuba jelaskan segala-galanya. Dari persoalan rukun Iman sebagai ’bahan’nya, rukun Islam sebagai ’proses’nya dan ihsan sebagai ’hasil’nya. Jarang benar kupasan tentang bagaimana nak jadi baik difokus kepada ’proses’nya. Kebanyakannya hanya tertumpu pada ’end result’ atau hasil akhirnya sahaja.
”Rasa-rasanya Tuhan nak ke kita jadi baik?” tanya saya menguji.
”Tentulah. Tuhan Maha Menyayangi kita. Tuhan tentulah ingikan kebaikan buat kita.”
”Tuhan bukan sahaja ingin kita jadi baik malah Dia juga menyediakan segala keperluan untuk kita jadi baik.”
”Maksud abang?”
”Islam menyediakan ruang dan peluang yang cukup luas untuk kita jadi baik... Sayangnya, ruang dan peluang itu tidak dimanfaatkan semaksimumnya.”
”Dahlah bang, penat saya dengan falsafah ni... apa saya nak buat setelah pulang nanti. Saya tak mahu gagal lagi kali ni...”
”Dik, kalau benar-benar kita akan sungguh-sungguh. Jika kita sungguh-sungguh, kita akan peka terhadap peluang. Bukan itu sahaja, peluang itu pasti kita manfaatkan. Takkan kita lepaskan.”
Dia mengangguk-angguk. Matanya bersinar, mulutnya menguntum senyuman. Dia bukan sahaja faham makna kata saya bahkan menghayatinya, saya kira.
Bulan berganti bulan. Dan kini hampir satu tahun peristiwa ’saya nak jadi baik’ itu berlalu. Sekarang adik teman rapat saya itu telah pun tamat menjalani latihan polis – khabarnya sekarang dia telah jadi anggota polis. Wah, benar-benar dia dah jadi baik... Amin
BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
28 October 2009
Majlis Tahlil dan Yassin dan Sambutan Ahli Baru
Pada 29/10/09 akan diadakan majlis bacaan yassin bersama jamuan makan antara ahli BKPJJ di Maison De Kaca Mata(umah azmi bagi Syabab)
Dan di Bayt Mus'ab b Umayr (bagi Akhawat)
Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah di tempat2 tersebut.
Bagi Akhawat yg tidak tahu di mana tempat majlis terletak,atau apa apa masalah sila hubungi saudari Nuha(0779974189)
bagi syabab pula sila hubungi saudara Hilal Asyraf(0777975356)
harap maklum dan dijemput sama sama meluangkan masa untuk hadir..
21 October 2009
Selipar Jepun dan Songkok
Dalam benaknya, Selipar jepun berkata, sungguh seronok menjadi Songkok. Dia selalu diletakkan di atas,sama ada dipakai atau tidak, tak pernah sekali dia berada dibawah. Berbeza dengan dirinya, dipakai terinjak-injak, tak dipakai pun tetap dibiarkan, di tanah atau di lantai dingin. Setiap kali hendak digunakan, tuannya selalu membersihkan Songkok, tidak satu pun debu dibiarkan hinggap, dan sebaik sahaja kembali, dia dibersihkan dan diletakkan kembali ke tempat yang lebih terhormat, jika tidak di dalam almari, di atas meja study, paling rendah digantung di dinding.
Berbeza dengan nasib Selipar jepun, dipakai tak pernah dibersihkan dan apabila habis digunakan semakin tidak dipedulikan walau sekotor mana pun, debu,lecah serta bau yang tidak menyenangkan.
Kalau pun diajak pergi, Selipar jepun tak pernah ke tempat yang bersih; ke reban, ke kebun, ke longkang, atau ke tandas. Nampak sangat, tuannya akan lebih memilih kasut kulit atau kasut kanvas untuk ke Mid Valley, ke KLCC, atau ke tempat-tempat yang sah memang bukan tempat Selipar jepun berada di sana. Namun begitu, Selipar jepun tetap dipakai oleh tuannya sekiranya hendak pergi ke masjid. Entah ini satu penghormatan atau sebaliknya buat Selipar jepun.Jika di masjid nanti dia harus berpindah kaki dengan orang lain, mungkin tuan pemilik hanya berfikir, ”Alaaa.. cuma Selipar jepun jer”. Sedangkan Songkok selalu dipakai ke majlis-majlis kenamaan, pejabat-pejabat dan dipakai di saat-saat pelantikan serta acara-acara rasmi.
Songkok hampir tidak pernah diberi kepada tuan yang lain, kerana biasanya masing-masing sudah memilikinya. Tapi Selipar jepun, sekalipun ada beberapa pasang, tak pernah dia diberikan kehormatan untuk mengabdi pada seorang tuannya sahaja. Ia biasa dipakai oleh isteri, anak, atau juga pembantu tuannya. Tidak jarang juga, dia dipinjamkan ke jiran sebelah rumah atau kawan tuannya.
Meskipun sudah usang dan berubah warna, Songkok biasanya tidak pernah dibuang. Disimpan di dalam laci dengan rapi, atau paling mungkin diberikan kepada anak-anak yatim atau siapa saja yang memerlukannya. Pastinya, masih bernilai. Selipar jepun? rosak sedikit diganti, apalagi kalau sudah putus talinya, tiada tempat yang paling sesuai kecuali tong sampah. Kadang-kadang, dia juga harus terasa pedih jika tubuhnya dipotong-potong untuk pengganti sabut kelapa, atau dibuat bahan permainan kanak-kanak.
Walaupun begitu, Selipar jepun tetap menyedari status dan peranannya sebagai Selipar jepun yang akan selalu terinjak-injak, kotor, dan tidak pernah berada di atas. Selipar jepun tidak pernah iri hati dengan peranan Songkok.Mungkin ketika tuannya berhadapan dengan Tuhannya, dan ditanya; “Mana di antara dua barang milikmu yang paling sering kau gunakan dan paling bermanfaat; Selipar jepun atau Songkok, yang satu-satunya akan kau bawa bersamamu ke syurga?” Dengan yakin tuannya akan memilih Selipar jepun yang jauh lebih memberikan manfaat baginya.
Saudaraku, tidak penting apa status, peranan dan fungsi Anda di dunia ini kerana Allah, Rasul dan manusia beriman tidak melihat Anda daripada pakaian yang disarungkan, jawatan yang dipegang dan kehormatan yang dikurniakan, tetapi sebanyak mana manfaatnya Anda kepada orang lain dengan status dan peranan Anda tersebut. Oleh sebab itu, bukan perkara penting untuk bertanya mengenai status dan jawatan apa yang akan kita sandang saat ini dan pada masa depan, tetapi yang terpenting ialah bertanya, seberapa mana kita mampu berbuat baik dan bermanfaat kepada orang ramai.
03 September 2009
HADIS-HADIS DHAIF YANG TERSEBAR SEMPENA RAMADHAN
22 August 2009
Sepenuh Hati Memohon Jasa Baik
19 August 2009
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERCUTI
Si Unta Kecil
12 August 2009
MAJALAH SUASA EDISI PERTAMA SESI 08/09
INGIN MELONTAR CADANGAN AKTIVITI @ KOMEN???
10 August 2009
SENARAI AHLI MAJLIS MESYUARAT BKPJJ SESI 09/10
YANG DI-PERTUA
ARSHAD KHALID BIN MOHAMD FADHIL
TIMBALAN YANG DI-PERTUA
NUR AZLEEN BT MOHD AZLAN
SETIAUSAHA
MUHAMMAD HILAL ASYRAF BIN ABDUL RAZAK
TIMBALAN SETIAUSAHA
NUHA IFFAH BINTI NORDIN
BENDAHARI
AHMAD SYAHMI BIN YAHYA
TIMBALAN BENDAHARI
MAYA BINTI ILHAM
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF
KETUA BIRO URUSAN PERBENDAHRAAN DAN NAIK TARAF EKONOMI
IBRAHIM BIN NASIR
TIMBALAN KETUA BIRO URUSAN PERBENDAHRAAN DAN NAIK TARAF EKONOMI
AIDA BINTI SERI HASNON
KETUA BIRO HAL EHWAL AKTIVITI
MUHAMAD IDERIS BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA BIRO HAL EHWAL AKTIVITI
SITI UMAIRAH BINTI ABD RAHMAN
KETUA BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
MUHAMMAD BIN ABD JAAFAR
TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
IZZAH KAMILAH BINTI MOHD TAHIR
PERWAKILAN MAFRAQ
HAMDI MUNIR BIN SHAARI
PERWAKILAN MU’TAH
SHAH REZA BIN KAMAROZAMAN
“Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah”.
AMM 09/10
29 July 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Alhamdulillah, all the blessing goes to Allah, Lord of the Universe. I seek refuge from Allah from all the evils in my body and in this world. Who ever Allah leads none can never goes astray, Who ever Allah leaves astray none can lead. I testify that there is no God that can be worshipped except Allah, and I testify that Muhammad is the messenger of Allah.
Some Exam Tips that may come in handy
_______________________________________
Exam Preparation Tips
REVISING + EXAMS = HEADACHE?
It needn't be the case, just follow the directions to achieve great results every time, Insha'Allah.
1. Always, always, always begin with Bismillah.
2. Examine your niyaah (intention) and correct it if necessary.
3. Honour your teachers no matter how strange their teaching methods seem to you. Respect and reverence for teachers are amongst the distinguishing marks of being a Muslim student.
4. Begin making preparations well before the examinations begin. Plan out a REALISTIC timetable that will result in you having covered [or at least scanned] all the material well before your first exam. Use this final period to look at and attempt past exam papers and to compensate for any unforeseen delays.
5. Use your teachers. If you have a problem, ASK!! You will find the vast majority of teachers only to happy to help [and inadvertently give out many heavy hints as to what's on exam paper!]
6. Always revise with a sheet of paper at hand so that you can build up a list of topics which you want to discuss with your teachers. DON'T rely on your memory. If you do, you will only be reminded when you are in the exam hall trying to answer a question on your forgotten queries.
7. When revising make notes. It may seem as though you are just reproducing your notes, but perservere, believe it or not what you are doing is one of the most effective ways of revising.
8. Give yourself regular breaks, but make sure that they don't go on for longer than intended.
9. Make sure you are unlikely to be disturbed whilst studying. This means turning off the TV and asking others to answer the phone. Discipline pivotal to success.
10. Turn off the radio. Listening to haram music takes the barakah [blessings] out of your studies. If you absolutely must listen to something try some nasheeds [Islamic Songs]
11. Always iron out problems as soon as possible. If you don't then you may well encounter problems when trying to understand the work that comes later.
12. If you are getting frustrated and feel as though you are getting nowhere then try to take comfort that from the saying of the Prophet: "For him who embarks on a path of seeking knowledge, Allah will ease for him the way to Paradise." [Muslim].
13. If you are having problems calming your nerves on exam day, remind yourself of the ultimate purpose of life and indeed the ultimate examination; before Allah [SWT] on the Day of Judgement. This should help you to put your present worries into context.
14. Before you begin on the exam paper, take a couple of minutes out to supplicate to your Lord, asking Him to grant you success only on the condition that it's good for your deen and patience in the event that it's not. Then begin in the name of Allah.
15. As you come out of the exam hall, remember to thank Allah if the exam went well. If however it didn't go as well as you had hoped, put your trust in Him. Know that such things are sent to test us and are an opportunity for us to shed some of our sins and show our contentment with his divine decree.
[Extracted from: 'TRENDS' magazine]
So, let us put these words into practice, gain the momentum and get great results! As what we listen to everyday, 5 times a day, Hayya ala alFalah (Let us strive to victory).
Wallahuaalam
26 July 2009
Makluman buat AMT, PZ dan BKAN sesi 09/10
21 July 2009
17 July 2009
KEPUTUSAN PILIHANRAYA BKPJJ
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAFF KEPIMPINAN YANG BARU 2009/2010 KERANA DIPILIH OLEHNYA UTK MEMGANG AMANAH INI DAN TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SAFF KEPIMPINAN LEPAS 2008/2009 ATAS USAHA DAN PENUNAIAN TANGGUNGJWB ANDA..
MAKA DISINI DIUMUMKAN BARISAN YG BAKAL MENERAJU DAN MENCORAKKAN KUALITI PENGORGANISASIAN BKPJJ.
YANG DIPERTUA :
ARSHAD KHALID BIN MOHAMD FADHIL
TIMBALAN YANG DIPERTUA :
NUR AZLEEN BT MOHD AZLAN
BARISAN AHLI MAJLIS TERTINNGI :
MUHAMMAD HILAL ASYRAF BIN ABDUL RAZAK
AHMAD SYAHMI BIN YAHYA
MAYA BT ILHAM
NUHA IFFAH BT NORDIN
PENENTUAN JAWATAN BAGI AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN PEMILIHAN AHLI MAJLIS EKSEKUTIF AKAN DIUMUM PADA MASA AKAN DATANG..
SEKIAN MELAPORKAN..
16 July 2009
BORANG USUL CADANGAN DAN PERLEMBAGAAN
PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI BKPJJ
Berikut dilampirkan dokumen-dokumen yang disemak dan setiap ahli perlu memuatturun dokumen dokumen tersebut.
Dan sekiranya anda mempunyai usul,cadangan atau komentar,boleh diisi di dalam borang yang dimuat turun (no.3)di bawah dan hantarkan ke emel : bkpjj_mppm@yahoo.com . Tarikh tutup penghantaran borang ini adalah pada 16 Julai 2009 (arini) sebelum jam 11 malam .
1. buku perlembagaan BKPJJ
2. Minit Mesyuarat Agung Kali ke 11 (yang lepas)
3. Borang Usul dan Cadangan
Buku perlembagaan dan minit mesyuarat akan diedarkan esok . Harap maklum .
Segala kerjasama, komitmen dan keprihatinan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .
sekian .
Yang menjalankan tugas,
...........................................
(ARSHAD KHALID BIN MOHAMAD FADHIL)
Setiausaha,
Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan 08/09 .
15 July 2009
ANNUAL GRAND MEETING & THE HIGH COUNCIL OF BKPJJ's ELECTION 09/10
Kepada semua Ahli Rasmi dan Bersekutu BKPJJ, anda semua dijemput hadir ke Majlis Mesyuarat Agung BKPJJ kali ke 12 serta Pilihanraya Ahli Majlis Tertiinggi bagi sesi pentadbiran 2009/2010.
Berikut adalah maklumat majlis :
Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bayt Muhsinin (di kawasan simpang empat@lampu isyarat Iskan@Isyarah Iskan@depan Shoo Heloo)
sila klik jadual di bawah utk paparan tentatif majlis
14 July 2009
SENARAI CALON YANG LAYAK DIUNDI
MARI KITA SAMA-SAMA BERFIKIR MULAI SEKARANG, SIAPAKAH YANG MAMPU,SESUAI,BERKALIBER DAN BERBAKAT DALAM BIDANG KEPEMPIMPINAN INI?SIAPAKAH YANG BAKAL KITA PILIH BAGI MENGAMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN MAJLIS TERTINGGI BKPJJ 2009/2010???PILIH LAH MEREKA YANG DENGAN BIJAK!!
PANDUAN KETIKA MENGUNDI:
1. Tandakan pangkah (X) pada 3 calon syabab dan 3 calon akhawat untuk kerusi AHLI MAJLIS TERTINGGI BKPJJ.
2. Pilih seorang daripada calon AHLI MAJLIS TERTINGGI yag telah anda dipangkah (X) bagi kerusi YDP dan YDPAH.
25 April 2009
Nota : sumber rujukan - blog rasmi BKAPJ
24 March 2009
TENTATIF RIANG RIA AL-JAUHAR
*utk makluman..maison de kacamata terletak di imarah bukhari(rumah YDP johor)..
*kepada akhawat, tmpat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh biro program (saudari Nur Arina)
20 March 2009
MAAF ATAS KESULITAN JIKA ADA
LAMAN INI MASIH DALAM PROSES KEMASKINI DAN PEMBINAAN..
harap maaf..
RIANG RIA AL-JAUHAR DAFTAR SEGERA !!!!
RIANG RIA ALJAUHAR (FAMILY DAY) AKAN DIADAKAN PADA 26 & 27HB 3
ENSYAALLAH AKTIVTI AKAN DIMULAKAN PADA 26HB(KHAMIS) SEBELAH MALAM DAN BAGI PENDUDUK IRBID DAN MAFRAQ, ANDA AKAN BERTOLAK KE AQABAH PADA 12MALAM DAN SETIBANYA KITA DI SANA LEBIH KURANG PAGI HARI JUMAAT, KITA AKAN MENUNGGU AHLI2 DARI MU'TAH DAN MENERUSKAN AKTIVITI DI SANA...DAN BERTOLAK PULANG KE MANTIQAH MASING SEBELUM ASAR..ENSYAALLAH..
tentatif program akan dipost kemudian..
JADI APA LAGI???
JOM DAFTAR NAMA SEGERA SEBELUM 22HB3, 12MLM KEPADA :
MOHD AZMI (SYABAB) : pynoo24 (id ym) / +962776916913
IZYAN SALEHA (AKHAWAT) : yanz_leha (id ym) / +962776976990
(HANYA BUZZ@SMS DAN BGTAU"SAYA NAK JOIN")
DAFTAR SEGERA..JGN TAK DAFTAR..SUPAYA DAPAT LAH PIHAK AJK PELAKSANA MENGURUSKAN HAL EHWAL PENGANGKUTAN DAN KOS2 YANG LAIN..
ENSYAALLAH KHERRR.!!!!
ANDA BANTU SAYA, SAYA BANTU ANDA :)
"SATU HARI TERUKIR SENYUMAN"
PELAJAR CEMERLANG MEMIMPIN UMMAH!!
pengarah program,
mohd azmi kamarudin
PELAN TINDAKAN 5 TAHUN
Melihatkan kepada situasi semasa dan keperluan memperkayakan diri dengan kemahiran, Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) ketika ini berusaha merangka satu pelan tindakan yang dapat dilaksanakan bagi membantu ahli mengenal potensi diri dan menyalurkan sumber tenaga mereka menggerakkan badan kebajikan ini agar tercapai hasrat yang diharapkan untuk melahirkan ilmuan dan cendekiawan Islam yang cemerlang untuk membantu masyarakat keluar daripada belengu kejahilan. BKPJJ adalah merupakan sebuah badan kebajikan yang cukup optimis mengambil langkah awal mencerna idea dan mengerah keringat membudayakan nilai-nilai baik dan meningkatkan kualiti dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan agar faedah hidup berpersatuan ini dapat dinikmati oleh semua ahli. Pelan tindakan yang dirancang menerapkan elemen kepimpinan, tanggungjawab, kerjasama dan profesionalisme untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan gemilang dalam aspek kehidupan yang lain merangkumi hubungan sosial dengan masyarakat, keupayaan memimpin dan menjadi contoh teladan serta jati diri yang mantap. Maka, produk yang diharapkan dapat dihasilkan melalui pelan tindakan ini adalah para pelajar atau mahasiswa yang dapat menjadi koordinator kepada masyarakat apabila kembali ke tanah air dan mampu bersaing dalam arus modenisasi ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan barisan organisator BKPJJ agar pelan tindakan 5 tahun ini dapat dilaksanakan sewajarnya dan mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua pihak. Semoga perjalanan pelan tindakan ini menjadi tunjang perlaksanaan dasar-dasar dan gerak tumpu badan kebajikan ini dari semasa ke semasa.
Objektif:
1. Menerapkan budaya kerja yang sistematik dan teratur untuk memudahkan urusan dan perkhidmatan kepada ahli
2. Mencipta suasana kerja berpasukan dan hidup berpersatuan yang mapan di kalangan ahli
3. Membantu ahli mengenal kemampuan diri, mengembleng tenaga dan kudrat diri memperkasakan pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan berkhidmat kepada masyarakat
4. Pemusatan nilai-nilai murni, semangat kepimpinan dan rasa bertanggungjawab ahli terhadap diri, keluarga, masyarakat, tanah air dan agama
5. Mengukuhkan tautan ukhuwah dan melestarikan kasih sayang di antara ahli
Visi: Menjelang tahun 2012, BKPJJ akan menjadi badan kebajikan paling berperanan terhadap kebajikan ahli, perkhidmatan kepada masyarakat dan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
Misi:
1. Perlaksanaan Perlembagaan rasmi secara keseluruhan
2. Pengurusan persatuan secara sistematik, professional dan teratur
3. Penerapan nilai-nilai murni dalam gerak kerja berpesatuan
4. Perkhidmatan yang cemerlang
Motto persatuan: “PELAJAR CEMERLANG MEMIMPIN UMMAH”
Slogan Gerak kerja: “Ke Arah Mememperkasakan Profesionalisme dan Kecemerlangan”
Susur galur Pelan Tindakan 5 tahun BKPJJ
Tahun Pertama:
1. Memastikan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam persatuan sama ada aktiviti atau pengurusan, mematuhi dasar, objektif penubuhan dan gerak tumpu BKPJJ
2. Memperkasakan perlaksanaan Perlembagaan BKPJJ.
3. Semakan, analisa, memperelok dan menambah baik pengurusan persatuan
4. Aktiviti yang dilaksanakan hendak konstruktif, membawa konsep muhibbah dan mencerminkan signifikan badan kebajikan ini kepada ahli-ahlinya
Tahun Kedua:
1. Fokus ke arah pemantapan pengurusan. Pengurusan yang sistematik, teratur dan professional
2. Menitikberatkan kebajikan ahli melalui pinjaman kewangan, khidmat nasihat, kaunseling, aktiviti-aktiviti khairat, kesihatan dan keselamatan
3. Tautan ukhuwah yang erat di kalangan ahli
Tahun ketiga:
1. Pengurusan persatuan yang memuaskan hati ahli
2. Perkhidmatan yang terbaik seperti guna pakai aset persatuan, pinjaman kewangan dan badan pentadbir yang mesra ahli serta memahami situasi dan keperluan ahli
3. Penerapan beberapa lagi nilai murni dalam pentadbiran persatuan dan gerak kerja berpasukan
4. Gerakan dan sumbang saran kepada ahli untuk turut sama dalam aktiviti mahasiswa mendekati masyarakat; mewujudkan hubungan baik antara masyarakat dengan mahasiswa
Tahun keempat:
1. Kualiti dan mutu perkhidmatan harus dipertingkatkan. Mencari lebih banyak peluang dan ruang untuk memberikan perkhidmatan unggul kepada ahli
2. Hubungan luar ; persatuan-persatuan, badan-badan kebajikan anak negeri, Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan dan Majlis-majlis naungan kerajaan Negeri diperbaharui atau diperkasakan
3. Gembleng usaha melicinkan perjalanan pelan tindakan ini mengikut objektif, visi dan misi
Tahun kelima:
Pencapaian visi pelan tindakan : Menjelang tahun 2012, BKPJJ akan menjadi badan kebajikan paling berperanan terhadap kebajikan ahli, perkhidmatan kepada masyarakat dan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN