24 December 2009

Jutaan Tahniah dan Terima Kasih !!

Pada 22hb Disember 2009 bersamaan hari Selasa bertempat di Dewan Al Kindi, Universiti Yarmouk,pihak MPPM,MSD dan Kedutaan Malaysia telah mengadakan Hari Malaysia (Malaysia Day) bagi memperkenalkan lebih lagi kepada masyarakat Jordan tentang Malaysia dari pelbagai aspek seperti budaya,pentadbiran dan terletak di mana dan sebagainya..Program ini disertai dengan kerjasama semua Badan Kebajikan Anak Negeri dan BKPJJ tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian dengan mempamerkan pelbagai informasi tentang Johor di "booth" tersendiri.


Tidak lupa juga, buat julung-julung kalinya kita telah menghantar wakil BKPJJ untuk memberi persembahan iaitu Zapin Johor yang disertai oleh anak anak Johor dan kerjsama dari MSSJ(Malacca Student Society of Jordan)..dengan berbekalkan seorang kareografer berpengalaman sejak sekolah rendah, dan hanya mampu
berlatih dalam kurang dari 2 hari, mereka akhirnya dapat memberikan persembahan yang amat di hargai bagi pihak BKPJJ walaupun masih kurang
sempurna..

Oleh itu seribu penghargaan dan tahniah diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus berlatih sehingga tidak tidur malam..
Tahniah dan ucapan terima kasih juga kepada ahli ahli yang berpenat lelah dan mengorbankan masa untuk mempersiapkan pameran bahgian "booth" BKPJJ...semoga sokongan ahli ahli BKPJJ dan kerjasama anda dapat ditingkatkan dan diteruskan tanpa pudar selagi BKPJJ masih berpacak di bumi Jordan ini..

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management