Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar telah disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang waktu Malaysia hari ini(jam 8 pagi waktu Jordan).
Rentetan itu,Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar hari ini pada pukul 1 petang Malaysia sebelum pemakaman Almarhum di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
.

Hari ini bertarikh 23 Januari juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan rakyat akan berkabung selama tujuh hari.
Peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.
Bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.
Bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.
Bendera - bendera negeri Johor yang dikibarkan di seluruh tempat juga di dikibarkan separuh tiang menandakan perkabungan kemangkatan Sultan Johor ke4, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Alhmarhum Sultan Ismail.
Semoga Allah merahmati Roh Almarhum..Alfatihah..
sumber maklumat dari Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro