04 November 2014

JOJO KONVOI RAYA

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Untuk makluman semua, di Jordan semester pendek atau semester musim panas adalah pilihan bagi pelajar. Antara ingin mengambil semester pendek dalam tempoh sebulan setengah atau pulang ke tanah air, bercuti selama 3 bulan. Bagi sesiapa yang mengambil semester pendek, mempunyai cuti selama sebulan sahaja setelah berakhirnya semester pendek. Masih berpeluang untuk pulang ke Malaysia yang dirindui. 


Dengan itu, tercetuslah Konvoi Raya di Malaysia.


Subhanallah, cantik sungguh susunan Allah. Boleh dikatakan dimana sahaja anak-anak Johor berada sambutannya sangat meriah. Alhamdulillah. Ukhuwahnya umpama kuku dengan isi! :) 



Gambar : 












SYAWAL 1435H / 2014M

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Genap sudah sebulan kita berpuasa, kini tiba hari kemenangan bagi kita, umat Islam!

Apakah erti Aidil Fitri bagi kalian ?
Berpuasa penuh sebulan ?
Tidak pernah tinggal 'sahur' ?

Aidil Fitri bermaksud kembali kepada fitrah, iaitu 'asal kejadian', 'kesucian', atau 'agama yang benar'. Maka erti Aidil Fitri bagi kita semua adalah, setelah berusaha selama sebulan dalam memperbaiki diri menuju agama yang benar, sehingga kita memperoleh kemenangan! Subhanallah!




Salam Aidil Fitri dari anak-anak Johor Jordan!
Minal Aidil wal Faizin. :)

MAJLIS BERBUKA PUASA BKPJJ

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah.

Ini merupakan tahun yang keberapa, anak-anak Johor di Jordan menyambut puasa Ramadhan di perantauan. Mungkin ada yang sudah masuk tahun kelima menyambut Ramadhan di Jordan dan mungkin juga yang baru pertama kalinya berjauhan dengan keluarga tercinta. BKPJJ merupakan keluarga kedua khusus bagi anak-anak Johor di Jordan. 


Gambar :


Mantiqah Irbid



Mantiqah Mafraq

MARHABAN YA RAMADHAN 1435H / 2014M

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Kita semua masih diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, bulan yang penuh barakah. Bulan Ramadhan juga, kita sebagai umat islam diperintahkan berpuasa selama sebulan, sepertimana Allah telah berfirman dalam kitabnya Al-Quran,


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu
agar kamu bertakwa" [AlBaqarah : 183]


Adakah kalian semua tahu, bulan Ramadhan ini merupakan madrasah tarbiah ? Sekolah tarbiah ? Tarbiah iaitu mendidik , pendidikan bagi diri kita semua. Subhanallah! Dalam 12 bulan, Allah memilih Ramadhan untuk kita mendidik diri agar menjadi lebih baik lagi, bersama-sama mengajak orang lain dalam melakukan ibadah wajib mahupun sunat. 


"Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan."
[AlBaqarah : 148]




Marhaban ya Ramadhan 1435H / 2014M.

BARISAN PIMPINAN BKPJJ SESI 2014/2015




YANG DI PERTUA
Badrul Amirul Amin Al Bukhari


TIMBALAN YANG DI PERTUA
Hidayah Binti Rahmat


SETIAUSAHA
Haikal Bin Rahmat


TIMBALAN SETIAUSAHA
Noor Shahira Haryani Binti Yazid


BENDAHARI
Mohamad Fadhil Noor Bin Sarjani


TIMBALAN BENDAHARI
Fathymah Binti Badruzzaman


BIRO KEBAJIKAN
 Siti Aifaa Akma Binti Ahmad Ismadi 
Nur Haziqah Binti Mohamed Hafidz


BIRO MULTIMEDIA
Muhammad Hanif Bin Mohamed Zamri
Nik Damia Binti Nik Zolkipli


BIRO EKONOMI
Tengku Muhammad Arba’ie Bin Tengku Ismail
Nur Suhada Farhana Binti Sahar


BIRO PENGURUSAN TAJAAN DAN ZAKAT
Muhammad Nabil Bin Mohamed Nezam
Muhammad Akif Bin Abd Razak
Nur Faezah Binti Mohd Shari
Nur Athirah Nadia Binti Suhaimee


JABATAN KESETIAUSAHAAN
Fatimah Hanisah Binti Mohd Arba’ai
Maizatul Akmal Binti Shafie


JABATAN PERBENDAHARAAN
Muna Bazilah Binti Muhammad


PERWAKILAN MANTIQAH
AMMAN
Nadhrah Husna binti  Mohd. Salleh

MU’TAH
Mohammad Syafiq Bin Aziz
Wan Aisyah Sakinah Binti Wan Saari
MAFRAQ
Ahmad Ziyaadi Al-Hatim Bin Mahpuz
Izyan Liyana Binti Azman
IRBID
Mohamad Helmie Bin Zaipori
Aisyah Kamilah Binti Zakaria


© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management