20 March 2009

LOGO DAN COGAN KATA

Cogan Kata dan Logo
Moto
“Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah”

Logo



Keterangan logo

1. Kitab: Melambangkan prinsip dan ayat al-quran yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah yang bermaksud, “ Yang Maha Mengajar manusia al-quran”. Al- Quran merupakan panduan hidup yang utama bagi manusia.

2. Bulan sabit dan bintang: Melambangkan agama ISLAM yang dianuti oleh ahli-ahli BKPJJ, menjadi junjungan dan merupakan agama rasmi negeri Johor Darul Ta’zim dan Negara Jordan.
3. Tiga objek bulat(biru, putih dan merah): Melambangkan kesatuan Aqidah, syariat dan kesatuan kerja dalam pelbagai bidang serta manhaj yang selari dengan pegangan ISLAM yang satu.
4. Tahun 1994M dan 1415H: Merupakan tahun penubuhan BKPJJ
5. Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan: Melambangkan bahasa rasmi kebajikan ini dan bahasa pertuturan(bahasa melayu) yang digunakan ahli-ahli BKPJJ
6.
اللجنة الخيرية لطلبة جوهر بالأردن
Melambangkana bahasa kedua badan kebajikan ini dan bahasa rakyat tempatan Negara Jordan.
7. BKPJJ: Merupakan singkatan bagi Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan
8. Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah.: Merupakan motto rasmi BKPJJ
9. Dua objek tajam: Melambangkan cahaya yang menyinari hasil dari pegangan terhadap ISLAM dan panduan Al-Quran yang mulia.


Keterangan warna:

Biru: Melambangkan seangat setiakawan, persaudaraan dan ukhuwwah yang wujud di kalangan ahli bersesuaian dengan dasar utama penubuhan BKPJJ

Merah: Melambangkan keberanian dan keteguhan hati ahli sebagai pelajar dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi Jordan yang penuh barakah ini.

Putih: Melambangkan kesucian ISLAM, keagungan ilmu pengetahuan dan ketenangan hati yang sentiasa ingat kepada ALLAH S.W.T.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah..logo ni masih diguna pakai...masa reka logo ni dulu cuma pakai perisian MS word aje...:))

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management