29 September 2012

Ahlan Wasahlan Ya Sanafir!!!


     Pada minggu lepas, di bawah anjuran Majlis Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) dengan kerjasama, Persatuan Zon di 4 mantiqah, Irbid, Mu'tah, Amman, dan Mafraq, di bawah program Minggu Haluan Siswa, Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) telah mengadakan  Sambutan Pelajar Baru bagi pelajar-pelajar baru bagi sesi 2012/2013. Program telah berlangsung dengan jayanya di 4 buah mantiqah di Jordan, iaitu Irbid, Mutah, Amman dan Mafraq. Antara tujuan utama program ini dilangsungkan adalah untuk mencari pelapis-pelapis baru yang akan menjadi tunjang belakang  JOJO dan memberi pendedahan dan pengenalan mengenai badan penyatu antara warga-warga Johor di Jordan ini. Hasilnya, sejumlah pelajar baru yang kini melanjutkan pelajaran di Jordan ini secara rasminya telah menjadi ahli kepada BKPJJ. Berikut adalah hasilnya:

Irbid - 26
Mu'tah - 37
Amman - 3
Mafraq - 2

Syabab Amman.

Pelajar baru di Mu'tah
Akhwat di Irbid :)
      Mengenai khabar ahli famil kita yang terlibat dalam kemalangan yang lalu, iaitu Hanafie Kholis Bin MarsenjiNadhirah Husna Ahmad, dan Nur Syahirah Saipolbahri, alhamdulillah kini berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dan telah pun kembali ke kelas seperti biasa. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka, dan sama-sam kita berdoa agar tiada lagi musibah yang akan menimpa pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ini khususnya famili JOJO kita. Ameen.

YDP kito :)


No comments:

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management