15 April 2013

JOJO CAMP '13: Tautkan Ukhwah JOJO

JOJO CAMP 2013
ANNUAL GRAND MEETING 2013
Hari Keluarga adalah salah satu aktiviti yang amat-amat dinantikan oleh mana-mana ahli persatuan. Begitu juga dalam Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) sendiri. Setelah pada sesi lepas tiada Famili Day diadakan, berikutan kekangan kewangan, pada tahun ini, dengan dikendalikan oleh pengarahnya, Akmal Asyraf Bin Ab Jamal, JOJO CAMP'13,telah berlangsung dengan jayanya di Hill View Villa, Huson, Irbid pada 4hb-6hb April yang lepas. Program ini yang sepatutnya diadakan secara tahunan, kali ini merupakan sebuah program besar hasil gabungan tiga program yang tidak dapat dijalankan pada sesi 2012-2013 iaitu Family Day JOJO, Hari Apreasasi Kebudayaan Johor, dan Annual Grand Meeting sesi 2012-2013. Kesemua program ini dijalankan serentak berikutan masalah kewangan yang melanda.



Pengarah Program yang bertungkus lumus.
Namun begitu, yuran yang dikenakan kepada peserta hanyalah sebanyak JD6 beserta baju JOJO dan satapan yang mantap, lazat dan sedap yang disediakan oleh Buyong amatlah berpatutan sekali. Yuran peserta disubsidikan oleh hantaran wang yang diserah oleh Majlis Agama Islam Johor pada Majlis Ramah Mesra yang lepas.
Buyong dan Konco2nya.
Mee Bandung Buyong 
Tujuan proram ini diadakan:
1. Merapatkan hubungan antara ahli JOJO yang terdiri dari pelbagai mantiqah. (Family Day JOJO)
2. Memperkenalkan kesenian dan warisan Johor kepada ahli JOJO sendiri (Hari Apreasasi Seni)
3. Bermuhasabah dan bermunaqasyah akan masalah dalam BKPJJ dan melantik AMT yang baru untuk sesi depan ( AGM '12-13)
Seramai lebih kurang 100 orang peserta telah menyertai JOJO Camp'13 yang kebanyakannya dari mantiqah Mu'tah dan Irbid. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan dan sekalung penghargaan diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Program yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Antaranya ialah J-Robic (Senampagi), Running Man (Sukaneka) pada sebelah paginya, Master Chef (Pertandingan Memasak) dan Barbeque pada sebelah petangnya, dan malamnya diserikan dengan Apreasisasi Kebudayaan (Persembahan Zapin oleh Putera Warisan JOJO) dan Samosa JOJO (tutor membuat samosa oleh Master Zahran Razak) mengakhiri hari pertama JOJO Camp'13. Aktiviti sepanjang hari tersebut telah mencetuskan gelaktawa dari ahli JOJO sendiri, menghilangkan stress akibat study dan peperiksaan.

 Pada hari keduanya, merupakan hari pengundian dan Annual Grand Meeting sesi 2012-2013. Pelbagai perkara yag dibincangkan ketika mesyuarat tersebut, kebanyakannya mengenai perihal kebajikan ahli dan zakat dari pihak MAIJ. AGM '12-13 berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Mesyuarat BKPJJ sesi 2012-2013, dan perlantikan Ahli Majlis Tertinggi BKPJJ untuk sesi 2013-2014. Yang akan menyandang posisi Ahli Mesyuarat Tertinggi, adalah mereka yang berjaya meraih undi yang paling banyak dalam pilihanraya. Berikut adalah keputusannya:


Harith Hanif Bin Hamdan (Yang Dipertua BKPJJ)
Hanafie Kholis Bin Zainal Abidin
Akmal Asyraf Bin Ab. Jamal



Nur Athirah Binti Tahir (Timb. Yang Dipertua BKPJJ)
Nur Jamalia Binti Sabarudin
Fazureen Binti Roslan




Semoga Ahli Majli Tertinggi yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan terus thabat dalam menjaga kebajikan ahli-ahli BKPJJ keseluruhannya. Program berakhir tepat pukul 1 petang. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang progran berlangsung.

Intro :)

J-Robic

Rakusnya :O

Running Man :)

Biro Persegaran JOJO Camp'13

Team yang masuk FINALE

Samosa JOJO

AJK yang bertungkus-lumus

Syabab Hensem :)

Sobah JOJO !!!

Senam Robik

Akhawat yang Thiqah ^^

Ini cadangan ke soalan???

Main kutip gula-gula.

Master Gitar a.k.a JPR

Fateh yang comel ^^

AGM '12-13

Serius.

Sukanya.

Gosip kontroversi.

No comments:

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management