15 April 2013

Ramah Mesra MAIJ 2013

Tanggal 17 Mac 2013 yang lepas , satu delegasi kepimpinan Majlis Agama Islam Johor daripada Malaysia dan Mesir telah datang melawat ke Bumi Anbiya' Jordan. Keseluruhan rombongan yang tiba di Jordan pada pukul 11 malam disambut oleh YDP dan Timb. Bendahari Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ), Harith Hanif Bin Hamdan dan Nadiyah Syahirah Binti Nordin, juga termasuk mantan Timbalan YDP, Nur Rasyidah Kamaruzzaman dan Firdaus Omar.Berikut adalah senarai ahli delegasi MAIJ yang tiba di Jordan.


1.YB Dato' Hj. Abdul Razak Hassan - CEO MAIJ
2. Hj. Mohd. Noh Ibrahim - Setiausaha MAIJ
3. Ustaz Hj. Yahya Ahmad - Timb. Mufti Johor

4. Ustaz Hj. Suliman Dumang -KPP Pendidikan Agama
5. Ustaz Mustafa Omar - KPP Zakat, Baitulmal, Wakaf6. Ustaz Azlan - Agihan Zakat
Ketibaan delegasi MAIJ di Queen Alia Airport


Tujuan ketibaan rombongan ke Bumi Jordan ini adalah untuk mengadakan sesi temuduga untuk pelajar yang memohon zakat MAIJ, disamping untuk beramah mesra bersama pelajar-pelajar Johor di Jordan.

Sehubungan dengan itu, pihak BKPJJ telah mengadakan satu majlis untuk untuk meraikan ketibaan orang besar MAIJ ke Bumi Jordan ini. Pada 18 Mac 2013, pukul 7.30 malam, Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi MAIJ, telah diadakan di Mujamma' Nuqobat, Irbid. Majlis yang majoritinya dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Mu'tah yang hadir ke Irbid  untuk sesi temuduga pada sebelah paginya turut diselitkan sedikit sesi tazkirah daripada Timbalan Mufti Johor sendiri, Ustaz Hj. Yahya Ahmad. Antara intipati tazkirahnya, ialah beliau mengajak kita bersyukur dengan apa yang ada dan mengenang nasib orang yang hidunya lebih susah dari kita, seperti kehidupan pelajar-pelajar Johor di Yaman.

Terdapat juga sesi pembentangan laporan kewangan dan aktiviti BKPJJ pada program tersebut oleh saudara Zahran Razak, Biro Kebajikan BKPJJ  bertujuan untuk mengkhabarkan kepada pihak atasan MAIJ akan masalah-masalah yang berlaku sepanjang sesi BKPJJ. Hasilnya, dua surat iaitu Surat Permohonan Kenaikan Zakat dan Surat Permohonan Kelonggaran Syarat Penerimaan Zakat berserta satu buku Port Folio BKPJJ 'Sejarah Kita' yang menerangkan tentang perihal BKPJJ dan ahli-ahlinya di Jordan telah berjaya diserahkan kepada pihak atasan MAIJ. Semoga usaha keras Ahli Majlis Mesyurat BKPJJ sesi 2012/2013 mendapat respon positif daripada pihak MAIJ dan dapat menjalinkan lagi kerjasama yang lebih erat antara BKPJJ dan M
AIJ.

Majlis berakhir dengan sempurna pada pukul 10.30 malam. Dimaklumkan juga, pihak delegasi MAIJ ini turut mengadakan lawatan ramah mesra di Mesir dan Yaman.


Majlis Ramah Mesra dan Temu Duga Zakat MAIJ



No comments:

© BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JORDAN

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management